Realtime website trackingweb stats

“Anak keluar confirm perangai macam Israel”. Wanita ini sedih dihina rakan hanya kerana makan bubur…

Oleh AHMAD ISMAIL

Saya sedih orang asyik cakap saya pregnant baby israel. Sebagai seorang ‘pregnant mom’ saya sedih kalau orang cakap tak baik tentang bayi saya.

Saya mual teruk, saya boleh makan bubur mcd je. Saya dah try bubur dan makanan lain tapi tetap muntah tak henti-henti sampai warded ya. Jadi, saya makan jela bubur MCD tu.

Semestinya saya rasa bersalah tapi itu sahaja pilihan yang saya ada.

"Anak keluar confirm perangai macam Israel". Wanita ini sedih dihina rakan hanya kerana makan bubur...

Saya dah sorok sehabis baik tapi tetap kantoi dekat pejabat dan dia kerap panggil saya ‘pregnant baby israel’.

Apa yang buat saya lagi terasa sangat ada yang cakap ‘mak makan mcd time pregnant anak keluar confirm perangai mcm israel’.

Saya sedih sangat taktau nak cakap apa.

Anda tahu emosi perempuan mengandung macam mana kan.

Kadang-kadang saya rasa macam ramai yang boikot sebab nak rasa diri baik atau ikut trend je, bukan berdasarkan diorang punya empati dan sebab yang muhasabah.

Kalau buat sebab empati dan sebab yang muhasabah, takdanya nak mengata orang yang terpaksa beli mcd macam akak ni, atau ada lagi satu kes yang tular harituh ada keluarga yang terpaksa beli bubur untuk anak autistic.

Ramai jugak yang boikot sebab takut kena hentam.

Disebabkan bubur mcd tu tekstur bubur nasi dia lembutkan, senang nak telan pastu banyak daun bawang, jadi lebih berperisa dan menaikkan selera makan.

Komen Netizen:

“Mungkin boleh try explore bubur berlauk kat food delivery app. I suka tambah extra daun bawang and stand by sesame oil sendiri. Sesame oil ni rahsia nak bagi bubur nasi sedap.”

“Semenjak I try explore macam-macam peniaga bubur berlauk, I feel like bubur mcd tak sedap dah. Mainly sebab dia kosong and tak boleh customize nak lauk apa.”

“Selagi mufti belum keluarkan fatwa pengharaman membeli & makan McD, selagi McD disahkan halal oleh JAKIM, selagi itu tidak jatuh hukum berdosa & haram jika kita membeli & makan McD”

“jahatnyaaa mulut. dia taktahu ke kalau pregnant pastu asyik muntah2 ni komplikasi teruk. yg penting mak dan baby dapat makan cukup, okay lah. jangan kawan dgn dorang tu dah. dorang jahat”
Baca:

Cukup lengkap! Rumah BCL umpama syurga, punyai kemudahan peribadi sentuhan Eropah

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan