Sebelum ini Alya Iman yang merupakan anak kepada arwah Azmil Mustafa, pelakon filem Ali Setan teruk dikecam kerana ambil keputusan membuka tudung selepas kematian ayahnya.
Tapi sekarang, segala kecaman itu seolah-olah bertukar kepada pujian pula. Mudah betul netizen berubah ya.
Menerusi satu hantaran di TikTok, pelakon berusia 22 tahun itu memakai baju berwarna jingga sambil berjalan-jalan di ibu kota.
Namun apa yang menarik perhatian adalah rata-rata warganet dilihat seperti sudah melupakan isu pelakon itu tidak lagi berhijab dengan memuji kecantikannya di ruangan komen.
Dalam pada itu, ada juga yang menyamakan wajah manis Alya atau nama sebenarnya Alya Ziman Azmil itu seperti pelakon jelita Fazura.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu memuat naik foto mengenakan busana kurung moden dengan tidak lagi memakai hijab.
Alya menyatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak lagi hipokrit.[/fusion_text][/fusion_builder_column][/fusion_builder_row][/fusion_builder_container]