Penyanyi Amir Jahari telah mengungkapkan bahawa beliau mengalami masalah kemurungan yang sangat serius pada tahun 2018 yang lalu.
Ketika diwawancara oleh OhBulan!, Amir, atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah bin Jahari, mengatakan bahawa kemurungan yang dialaminya membuatkan beliau terfikir untuk mengakhiri hidupnya sebanyak tiga kali.
“Saya pernah mencuba untuk mengambil nyawa sendiri sebanyak tiga kali tapi Alhamdulillah saya tak teruskan.
Waktu itu saya seorang diri di tengah-tengah jambatan. Setiap kali saya nak terjun dari jambatan mula-mula saya terbayang muka mak saya. Kali kedua pula saya terbayang muka isteri dan anak saya. Kali terakhir saya terbayangkan muka guru saya, Almarhum Raja Ashman Shah.
Sejak itu, saya rasakan yang saya perlukan bantuan lalu saya terus dapatkan rawatan.’”
Amir berkongsi berita itu semasa ditemui pada hari terakhir pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).
Apabila ditanya tentang keadaan terkininya, penyanyi berusia 31 tahun tersebut memberitahu bahawa dia sudah berhenti mengambil ubat-ubatan selepas menerima rawatan beberapa tahun yang lalu.
“Saya ada dapatkan rawatan serta perlu mengambil ubat yang diprekripsi doktor tapi Alhamdulillah dari tahun 2021 saya dah berhenti makan ubat.
Pada saya muzik dan karya yang saya hasilkan begitu menenangkan saya.”
Info tambahan, lagu yang dicipta oleh Amir yang berjudul Hasrat berjaya meraih tiket ke AJL38 bersama dengan 11 lagu lain yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac 2024.
Baca:
Penduduk nampak satu ‘objek’, rupanya sosok wanita jatuh bangunan dipercayai ditolak kekasih
Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K