Realtime website trackingweb stats

Amerika Syarikat rupanya ‘lagi Zionis’, lebih 37,000 bom bantu Israel serang Gaza

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Amerika Syarikat (AS) rupanya ‘lagi Zionis’ dari Israel apabila membekalkan banyak bom untuk membunuh rakyat Palestin.

Negara itu memainkan peranan penting dalam peperangan dengan menjadi pembekal senjata Israel.

Sehingga kini, AS telah membekalkan rejim Zionis dengan 15,000 bom termasuk bom bunker-buster seberat satu tan.

Pengganas Israel juga telah menggugurkan lebih 22,000 bom berpandu ke atas Gaza yang dibekalkan oleh AS dalam tempoh enam minggu pertama serangan ke atas Gaza.

Ini dapat dibuktikan dengan perkongsian majdi_fathi di laman Instagramnya yang memaparkan saki-baki bom dan peluru berpandu Amerika ditemui di sebuah rumah yang menjadi sasaran di Gaza.

Sementara itu, seorang TikTokers turut membidas sikap AS yang bersekongkol dengan Israel membunuh penduduk Palestin.

Katanya, AS sebelum ini berbelanja besar dalam perang di Iraq, Libya, Afghanistan dan sekarang di Palestin.

Perkembangan tersebut dicemuh hebat oleh rakyat di seluruh dunia sehingga mengingatkan mereka mengenai hakikat AS yang menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera antara Israel dan Palestin.

Rata-rata menyifatkan Washington rupanya ‘lagi Zionis’ dari Israel apabila tergamak membiarkan penghapusan etnik berlaku secara besar-besaran.

“Kuasa veto sangat mengarut! Darah orang Palestin seolah-olah tiada nilai di mata negara AS. Dasar negara penjajah!” kata seorang pengguna.

“Kenapa AS tak berikan Israel sedikit tanah seperti New York dan Wahingston? ‘Sharing is caring’,” perli mariannembl.

“Kita akan sokong produk 13 negara tersebut dan beralih daripada produk AS. Semoga Allah kuatkan semangat kita semua, tanpa sokongan ekonomi, AS akan lemah Insya-Allah, Amiin,” komen seorang lagi pengguna laman sosial.

Angka kematian semakin membimbangkan apabila tidak kurang 17,700 kematian di Gaza berlaku dengan lebih 48,800 cedera sejak 7 Oktober lalu.

@lookatthis_sho Can we fund America for once? And not ge no NO cide s 🍉‼️ #usa #wars #israelpalestine #algorithm #stopwars ♬ original sound – SHO

Baca:

Air mata kecewa sambut perkahwinan mewah Nazir Razak, anaknya lantang pertahankan ibu

Selepas JDT cipta sejarah raih ‘double quadruple’, rakyat Johor boleh goyang kaki 17 Disember ini

Nekad keluar pukul 3 pagi, ini sebab Danial Akmal lari dari sekolah berasrama penuh