Realtime website trackingweb stats

Ambil tahu teknik betul rebus jantung pisang elak kesan birat hitam

Oleh NUR KASIH

Ternyata, ada cara yang betul untuk merebus jantung pisang supaya hasilnya cantik dan tiada kesan birat hitam.

Hidangan jantung pisang memang sedap sama ada dimasak gulai atau kerabu.

Tetapi paling mudah adalah dengan merebus jantung pisang.

Ambil tahu teknik betul rebus jantung pisang elak kesan birat hitam

Ia ringkas tetapi sedap terutamanya apabila dimakan dengan sambal belacan.

Namun, satu isu yang sering berlaku bila kita masak jantung pisang ialah ia akan jadi hitam selepas dimasak.

Ini sentiasa berlaku.

Tetapi jangan risau, ada cara untuk pastikan jantung pisang yang dimasak kelihatan cantik tanpa hitam.

Menurut Razilah Said, petua dan pengetahuan ini diperoleh dari arwah ibunya.

Dia berharap agar pahalanya sampai kepada ibunya.

Bahan-bahan:

• Jantung pisang
• Air secukupnya
• Garam secukupnya (optional)

Cara-cara merebus:

1. Tuangkan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga ia mendidih.

Pastikan air mencukupi untuk merendam seluruh jantung pisang.

2. Apabila air sudah mendidih, campurkan sedikit garam ke dalamnya jika ingin memberikan sedikit rasa pada jantung pisang yang direbus.

3. Masukkan jantung pisang ke dalam air yang sudah mendidih tanpa perlu dipotong.

4. Biarkan ia dimasak dengan api sederhana sehingga jantung pisang menjadi lembut.

5. Biasanya ia akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit, tetapi waktu memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz dan ketebalan jantung pisang.

6. Untuk memeriksa kelembutan jantung pisang, cucuk dengan garfu atau pisau tajam.

– Jika jantung pisang mudah tembus dan lembut, itu bermakna ia sudah masak.

7. Setelah jantung pisang masak, toskan airnya dan kemudian belah.

– Dengan begitu, jantung pisang tidak akan berwarna hitam.

8. Jantung pisang yang direbus sudah siap digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Antara kelebihan jantung pisang yang ramai tak tahu:
• Kaya dengan serat
• Sumber nutrien
• Menyokong kesihatan jantung
• Mengandungi antioksidan
• Menyokong kesihatan mata
• Menyokong pemulihan sukan

Semoga bermanfaat.

Baca:

Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan

Air balang dengan harga RM1 ‘licin’ setiap hari

‘Misteri’ parcel hilang dah tahu punca, ini sebabnya mak bapak diminta libas anak pakai ‘hanger’