Satu video yang dimuat naik di Instagram milik usahawan Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman telah menarik perhatian warga net.
Dalam video tersebut, Aliff meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa menutup Wisma D’Herbs.
“Sedih tapi apa daya… bangunan ini terpaksa dilepaskan… lokasinya di Kota Damansara, Seksyen 8, jalan utama bersebelahan dengan bangunan MPPJ,” kata Aliff.
Bagi Aliff, banyak kenangan yang tersimpan di wisma tersebut bersama pekerja-pekerja di situ,
Kerana wisma itu merupakan saksi kepada jatuh bangun perniagaannya.
“Meskipun berat, lokasi yang strategik dan mudah diakses oleh perkhidmatan awam menjadikan keputusan untuk menutup wisma ini lebih sukar,” katanya lagi.
“Banyak kenangan saya dan pekerja di Wisma D’Herbs ini, tempat di mana perniagaan saya berkembang dan jatuh bangun.
Lokasinya sangat strategik, berhampiran dengan MRT Kwasa Sentral yang hanya 3-5 minit berjalan kaki,” tambahnya.
Walaupun berat hati, Aliff mendedahkan bahawa dia terpaksa melepaskan wisma tersebut demi perkembangan perniagaan dan keselesaan pekerjanya.
“Alhamdulillah, dengan sokongan anda semua, kami bercadang untuk mencari lokasi baru yang lebih besar untuk menampung jumlah stok yang semakin meningkat,” ujarnya.
Aliff menjelaskan bahawa permintaan yang semakin tinggi, stok yang bertambah, serta jumlah pekerja yang semakin ramai memerlukan perniagaan ini beroperasi di tempat yang lebih luas dan selesa.
Oleh itu, untuk memastikan operasi yang lebih besar pada masa hadapan, dia terpaksa melepaskan Wisma D’Herbs yang kini sudah tidak lagi mampu menampung segala keperluan perniagaannya.
BACA: Kos haji untuk b40 dan m40 makin mahal, harga bermula RM15000