Realtime website trackingweb stats

Alif Teega tenang urus perniagaan sambil diuji dengan tuntutan cerai undang perhatian netizen

Oleh FATIN AQILAH

Di tengah-tengah isu perceraian yang dipohon oleh isterinya, pensohor media sosial dan usahawan Alif Teega

kelihatan tenang dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Di laman Instagram usahawan itu, Alif dilihat sibuk membuat persiapan untuk pembukaan butik baharu di Bangi.

Dia juga dirakam meluangkan masa bersama anak perempuannya dengan menyikat dan meluruskan rambut kerinting anaknya.

Sebelum ini, Aisyah Hijanah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

Alif Teega tenang urus perniagaan sambil diuji dengan tuntutan cerai undang perhatian netizen

Walau bagaimanapun, Aisyah enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia memfailkan perceraian tersebut.

“Saya tidak mahu berkongsi lebih lanjut kerana ia adalah perkara peribadi dan melibatkan ramai orang. Tidak mengapa sebab saya sendiri yang memilih untuk berpisah, bukan disebabkan oleh sesiapa,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Alif telah bernikah kali kedua dengan seorang wanita bernama Fatin Umaidah di Thailand pada 18 November tahun lalu ketika Aisyah sedang sarat hamil.

BACA: Peguam dakwa pernah diganggu Da’i Syed ketika isteri sarat mengandung anak pertama