Realtime website trackingweb stats

Ajak ‘sesat dan terdampar’ di pulau, mujur ada Shuib datang ambik dengan helikopter

Oleh FATIN AQILAH

Pelawak, Shuib Sepahtu, telah menolong kawan baiknya, Ajak Shiro, yang pernah terdampar di sebuah pulau dengan menggunakan helikopter.

Peristiwa itu telah dikongsi oleh Shuib melalui Instagramnya dalam satu video yang menunjukkan beliau berada dalam helikopter yang mengelilingi sebuah pulau berbatu.

“Selamat hari lahir sahabat, Ajak Shiro. Yang baik-baik untuk kau dunia dan akhirat. Ingat, aku pernah selamatkan kau semasa kau terkandas di pulau. Terus sukses dunia akhirat,” tulisnya.

Ajak 'sesat dan terdampar' di pulau, mujur ada Shuib datang ambik dengan helikopter

Hantaran Shuib mendapat komen dari Ajak yang mengucapkan terima kasih kerana bantuan sahabatnya itu.

“Terima kasih Eib (Shuib). Terima kasih selamatkan aku. Semoga persahabatan kekal hingga tutup mata. Aku sayang kau Syeikh,” tulis Ajak.

Hantaran itu juga mendapat komen daripada beberapa rakan artis dan selebriti seperti Sharifah Shahirah dan DJ Lin.

Baca:

Biadab ‘membuang’ tepi jalan, lagi kes warga negara maju lepas hajat merata

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih