Air ikat tepi trending, nampak menarik, tapi boleh potong kaki. Rakyat Malaysia jika dengar sahaja makanan viral pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya.
Lihat sahaja bagaimana Bukit Bintang dibanjiri ramai orang beratur untuk pelbagai makanan viral sepertu kunafa, aiskrim, shawarma dan banyak lagi.
Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali di media sosial telah menjadi bualan ramai. Video tersebut memaparkan seorang peniaga menyediakan minuman air berkarbonat dicampur dengan susu pekat.
Video:
Dapat dilihat, susu pekat yang digunakan juga agak banyak dan air berkarbonat campuran tersebut dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan masyarakat.
Susulan penularan video itu, ia meraih perhatian orang ramai dan mengundang kerisauan netizen kerana kandungan gula dalam minuman tersebut dilihat berlebihan.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar bersederhana dalam menikmati minuman manis kerana boleh mengakibatkan kencing manis.