Realtime website trackingweb stats

Air balang dengan harga RM1 ‘licin’ setiap hari

Oleh FATIN AQILAH

Seorang penjual air di pasar Ramadan Temenggung di sini menjual air satu ringgit sebungkus kerana mahu berkongsi rezeki dengan ramai orang pada bulan Ramadan.

Beliau menjual tujuh jenis air dengan pelbagai perisa dengan harga satu ringgit sebungkus, dan akan selalu disediakan pada setiap hari.

Mohd Affizi Md Anuar, yang berusia 39 tahun, mengatakan bahawa dia telah menjalankan perniagaan air seringgit sebungkus itu sejak tujuh tahun lalu.

Air balang dengan harga RM1 licin setiap hari

“Saya masih menjual dengan harga RM1 walaupun sekarang harga barang meningkat selain gula juga sukar diperoleh. Pernah juga saya terpaksa guna gula premium yang harganya lebih mahal.

“Disebabkan sudah berniat untuk menjual pada harga yang murah untuk membantu ramai, saya teruskan juga jual air seringgit sebungkus. Alhamdulillah, sudah tujuh tahun, saya bertahan menjual air sebungkus RM1,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Affizi menyatakan bahawa ramai pembeli adalah pelanggan setia yang sudah mengetahui tentang perniagaan air seringgit yang dijalankan setiap kali Ramadan.

“Setiap hari dianggarkan 400 bungkus air akan terjual. Jenis air yang dijual akan ditukar setiap hari, bagi memberi pilihan kepada pelanggan.

“Antara air yang dijual ialah air kelapa, teh bunga, blue lemon, bandung cincau, tembikai laici, anggur nata de coco, cincau dan asam boi,” ujarnya.

Dia yang juga membantu menjalankan kedai makan di Indahpura menceritakan bahawa terdapat individu-individu yang membeli air balang dari kedainya untuk diinfakkan.

“Ramai juga individu persendirian yang datang sini untuk membuat infak, contohnya mereka beri RM100 untuk disedekahkan 100 bungkusan air kepada pelanggan.

“Syukur rezeki diberikan cukup luas, apabila kita memberi ALLAH mudahkan urusan dan lapangkan rezeki saya dan isteri Siti Nazura Abd Jalil, 37 dan empat anak kami,” ujarnya.

Baca:

Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan ‘member’ nak menangis menghiburkan

Ni last ya bang” – Individu luah kesal harga ‘keras’ tapi kuantiti dapat tak berbaloi

DIY sendiri roti john inti selambak di rumah, baru lah puas hati makan!