Agamawan tiada ilmu diingatkan tak perlu ulas pasal sakit mental dan bunuh diri

Oleh ADINDA

Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist

Ada beza orang yang sihat mental yang putus asa kemudian bunuh diri, berbanding dengan orang yang ada penyakit mental, berjuang dan berjaya melawan/menahan daripada bunuh diri, tapi malangnya satu hari mati akibat bunuh diri.

Mohon hati-hati jika ingin memberi komen tentang penyakit mental atau bunuh diri di media sosial. Terutamanya jika anda adalah orang berimej agama (ustaz, ustazah, pendakwah, naqib/naqibah usrah, atau motivator ala-ala Islamik). Santuni emosi. Tangguh dulu tazkirah yang bersifat kognitif itu.

Gambar sekadar hiasan

Bersyukurlah anda, atau org yg anda sayangi, belum diuji lagi dengan titik kelemahan yang boleh cetus/trigger penyakit mental dan perasaan utk bunuh diri yg tidak boleh dikawal.

Dan mohon berhati-hati agar kita tidak menjadi punca langsung atau tidak langsung kepada orang lain tercetus penyakit mental, dan tercetus pemikiran bunuh diri.

Dalam banyak tulisan dan webinar saya, saya sudah huraikan banyak kisah dalam al-Qur’an, hadith dan sirah Nabi Muhammad SAW tentang kepentingan menyantuni emosi dan mengambilkira perbezaan konteks. Moga kita mampu mengikuti sunnah dari segi konsep dan operasi dalam isu penyakit mental.

Moga Allah kurniakan kepada kita semua keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan, di samping ucapan/tindakan yang mengambil kira faktor-faktor biologi, personaliti, kognitif, sosio-budaya, dan spiritual.

 

Dr. Azizi Alias, seorang pakar psikologi industri dan organisasi.