Realtime website trackingweb stats

Afieq Shazwan rupanya seminggu murung babak ‘panas’ dikecam, ini nasihat Kak Fasha

Oleh FATIN AQILAH

Rupanya pelakon muda Afieq Shazwan, 26, seminggu murung selepas babak ‘panas’ di atas bot mengundang kecaman netizen.

Ekoran klip video adegan mesra dengan tangannya ditarik ke dada Fasha Sandha, 39, Afieq yang juga penyanyi sejak zaman Idola Kecil itu berkata, pernah terfikir untuk tidak lagi menceburkan diri dalam bidang lakonan selepas ini.

“Adalah juga saya rasa macam tu, sampaikan saya cakap dengan pengurus saya, ‘Dah lah bang, saya tak nak berlakon dah lah’.

“Sebab waktu itu saya rasa ‘down’ sekejap tetapi itulah bidang seni. Apa yang saya boleh katakan sekarang ni saya memilih sikit untuk lakonkan sesuatu babak tu.

“Bukan sebab saya ni bagus ke apa cuma saya takut benda-benda yang sensitif seperti ini berlaku lagi,” kata peserta program realiti TV Big Stage Musim Pertama di Astro Ria pada 2018 itu.

Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, dia menuruti nasihat Fasha Sandha iaitu artis senior yang bergandingan dengannya dalam klip video kena kecaman berjemaah itu.

Memanggil pelakon wanita kontroversiti itu sebagai Kak Fasha, Afieq berkata, dia mengambil keputusan tidak membaca segala komentar warganet berbaur kecaman itu seperti dinasihatkan Fasha.

“Sejujurnya saya tak baca komen sebab saya agak murung. Memang saya agak murung ketika itu dan saya perlu mengambil masa dalam seminggu macam tu untuk redakan rasa itu.

“Sampaikan saya cakap pada diri saya, ‘Ya Allah salah sangat ke apa aku buat ni kan?’. Tetapi saya akui apa yang saya buat itu memang salah. Salah tetap salah.

“Saya pun berbincang semula dengan Kak Fasha dan dia pesan pada saya, ‘Kalau tak nak kacau mood serta mental kita ni jangan baca komen-komen itu’.

“Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak membaca komen-komen tersebut,” kata pelantun lagu, ‘Lelaki Di Telefon’ itu lagi.

@nurfashasandha Replying to @Mr Non_Standard🔐 😆 sekarang dia dah jadi Rizal untuk #rampascintaku2 ♬ Lambada – Original Version 1989 – Kaoma

Baca:

“Saya terpaksa tumpang polis” – Ezad dedah punca pulang awal selepas GV

“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin

“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN