Realtime website trackingweb stats

Adi Putra dah kahwin dengan gadis Kelantan, ketahui 10 fakta tentang genius matematik ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

 

Adi Putra Abdul Ghani yang bergelar genius matematik dah kahwin dengan gadis Kelantan, Siti Sarah Zulkarnain dengan sekali lafaz, 2 November.

Berita gembira itu dikongsikan bapa Adi Putra, Abdul Ghani Abdul Wahid menerusi hantaran di Facebook (Fb) miliknya.

“Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

“Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya.. dengan lafaz nikah sekali saja dan kenduri pun berjalan lancar.

“Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini, amin,” tulisnya.

Majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Lundang, di Kota Bharu.

Adi Putra, 24, memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah, 27.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Adi Putra dan Siti Sarah yang bergelar raja sehari serta mendoakan pasangan itu.

“Alhamdulillah… Selamat pengantin baru untuk Adi dan pasangan.

“Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Tahniah untuk bapa, Abdul Ghani kerana dapat ahli keluarga baru,” tulis pengguna Fb, Yusri Seman.

Terdahulu, Adi Putra yang merupakan anak kelahiran Bagan Serai, Perak mengikat tali pertunangan dengan Siti Sarah pada 19 Julai lalu.

Ketahui 10 fakta mengenai Adi Putra:

1. Pernah menggemparkan negara selepas digelar sebagai genius matematik, khususnya dalam pengetahuan algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit).

2. Pada usianya enam tahun berjaya menjawab soalan matematik sepantas kalkulator pada 2005.

3. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) ketika berusia enam tahun.

4. Menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Adimatik Genius Solutions bagi membantu masyarakat untuk menguasai ilmu Matematik.

5. Beliau dahulu berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.

6. Adi Putra mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.

7. Semasa belasan tahun, beliau banyak menghabiskan masa memenuhi undangan daripada sekolah, universiti mahupun kumpulan tertentu untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya.

8. Anak kepada pasangan suami isteri, Abdul Ghani Abdul Wahid dan Serihana Elias ini turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Brunei Darussalam.

9. Sudah menghasilkan 287 formula baru yang praktikal dan lebih mudah untuk pengiraan matematik setakat 2019 melibatkan kaedah pengiraan congak yang ringkas dan sesuai untuk semua tahap pengajian.

10. Tidak mempunyai sijil sah pengajian di peringkat A-level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) walaupun mendakwa berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun.

Baca:

“Itu cross salib, dia tak tahu ke?” – Dituduh pakai anting-anting bentuk salib, ini jawapan Scha Alyahya

“Anak saya, makcik pulak yang panas”- Isteri Remy Ishak bidas netizen persoal gambar tak nampak muka anak

Maklumat lengkap STR 2024 termasuk jumlah baharu dan jadual bayaran