Tindakan pelakon Aiman Hakim Ridza berkongsi gambar mencium isterinya, Zahirah MacWilson, telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Ramai yang berpendapat bahawa gambar mesra tersebut tidak merupakan satu kesalahan, tetapi sepatutnya tidak didedahkan kepada orang ramai.
Sesetengah pihak juga bimbang bahawa tindakan mesra mereka boleh menyebabkan kemarahan dan kritikan di platform media sosial.
“Gambar terakhir itu boleh padam kalau tidak mahu tambah dosa.
“Ada orang akan meroyan kalau tengok gambar itu. Ada yang ‘panas’ tapi bukan api.
“Jaga-jaga ada yang memerhati, mentang-mentang dah tak duduk Malaysia,” komen netizen.
Melalui hantarannya di Instagram, Aiman, 35 tahun, memuat naik gambar kebersamaannya bersama Zahirah dan anak sulung mereka semasa lawatan mereka ke sebuah ladang di Australia.
Namun, gambar terkini yang dikongsi menunjukkan mereka saling bercium di ladang tersebut.
Dikatakan ini sebagai kenangan mereka bertiga sebelum Zahirah menyambut kedatangan anak kedua tidak lama lagi.
“Detik terakhir tiga bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Aiman dan Zahirah, yang juga dikenali sebagai Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, telah mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan dalam sebuah majlis gender reveal.
Untuk makluman, Aiman dan Zahirah telah berkahwin pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Isaac Raees, yang kini berusia tiga tahun.
Baca:
6 tip mudah raih rezeki, nombor 4 paling mudah tapi payah orang nak buat
“Apa kau makan??” Ibu ralit buat konten tiba-tiba panik anak kunyah makanan si bulus
Beli bongkah dan letak di tempat redup, lelaki ini kongsi cara tanam cendawan tiram, jimat duit!