Realtime website trackingweb stats

Ada warna hijau, biru, dan coklat, rupanya ini maksud warna yang ada pada ‘signboard’

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sebagai pengguna jalan raya, pasti anda sering memperhatikan perbezaan warna pada papan tanda.

Warna-warna seperti biru, hijau, dan coklat, serta huruf dan nombor yang ada padanya, sering membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya maknanya.

Sebenarnya, setiap warna dan simbol pada papan tanda jalan raya mempunyai makna tersendiri yang direka untuk memudahkan pemanduan kita.

Baru-baru ini, sebuah hantaran di akaun Facebook Altimat Auto Garage berkongsi tentang maksud di sebalik warna, huruf, dan nombor pada papan tanda jalan raya.

Mari kita lihat beberapa makna yang terkandung di sebalik warna-warna pada papan tanda:

Ada warna hijau, biru, dan coklat, rupanya ini maksud warna yang ada pada 'signboard'

Papan Tanda Biru: Menunjukkan laluan tanpa tol, sama ada atas jalan raya persekutuan, negeri, atau perbandaran.

Papan Tanda Hijau: Menunjukkan laluan bertol atau lebuh raya.

Huruf ‘E’: Singkatan untuk perkataan “Expressway” atau lebuh raya. Huruf ‘E’ memberitahu anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya.

Tulisan Kuning: Digunakan pada papan tanda biru untuk menunjukkan nama jalan.

Tulisan Putih: Digunakan pada papan tanda biru untuk menunjukkan nama bandar dan kawasan.

Tulisan Putih pada Papan Tanda Marun: Menunjukkan destinasi perlancongan.

Tulisan Kuning pada Papan Tanda Hijau: Menunjukkan bangunan Kerajaan.

Terdapat banyak lagi maklumat berkaitan papan tanda yang perlu kita ketahui. Kami akan berkongsi lebih banyak lagi maklumat ini pada masa akan datang, selain daripada perkongsian berkaitan teknikal kereta.

BACA: Ramai tak tahu, cara tutup bonet pun ada caranya, bukannya hempas saja