Bagi mereka yang baru mula memasak atau jarang berada di dapur, mungkin agak sukar untuk membezakan di antara daun sup dan daun ketumbar kerana mereka kelihatan hampir serupa.
Namun, kedua-dua daun ini sebenarnya berbeza dari segi penampilan, aroma, rasa, dan juga kegunaannya dalam masakan.
Apabila kita ingin menyediakan hidangan, pemilihan bahan memainkan peranan penting dalam menentukan cita rasa dan hasil akhir masakan.
Oleh itu, mari kita pelajari perbezaan antara kedua-dua jenis daun ini supaya kita tidak terkeliru ketika menggunakannya.
BEZA DAUN SUP & DAUN KETUMBAR
1. Nama/label di pasar raya
Terdapat beberapa istilah lain yang sering digunakan untuk menyebut kedua-dua daun ini di label, iaitu:
Daun sup: Dilabel sebagai Celery Leaves/Chinese Celery (Petroselinium crispum)
Daun ketumbar: Coriander Leave/Cilantro (Coriandrum sativum)
2. Perbezaan akar
Umumnya, kedua-dua jenis daun ini dijual bersama dengan akarnya. Oleh itu, lebih berbaloi untuk membezakan di antara keduanya.
Daun sup: Mempunyai akar yang kecil serta jenis akarnya berserabut dan banyak.
Daun ketumbar: Mempunyai akar yang bersaiz lebih besar (satu akar besar di tengah) dan jenis akar seakan akar tunjang.
3. Beza batang dan daun
Jika bahagian akar telah dipotong atau sudah dibuang, anda boleh melihat perubahan pada bentuk daun dan batangnya. Meskipun agak mencabar untuk membezakannya, tetapi terdapat perbezaan antara keduanya.
Daun sup: Dengan batang yang lebih panjang dan lebih besar, daunnya memperlihatkan bentuk yang lebih besar dan memiliki warna hijau yang lebih terang.
Daun ketumbar: Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus, daunnya pula lebih kecil dan warna hijaunya lebih muda.
4. Perbezaan bau
Inilah cara yang paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis daun ini. Cara ini melibatkan pengenalan bau dan aroma daun tersebut.
Daun sup: Mempunyai aroma yang lebih grassy atau lebih mild, baunya juga lebih lembut berbanding daun ketumbar
Daun ketumbar: Mempunyai bau yang lebih tajam, seolah-olah bau serangga. Sesetengah orang tidak berapa gemar dengan bau ini.
5. Kegunaan dalam masakan
Dari segi penggunaannya, daun sup lebih kerap digunakan dalam hidangan Melayu.
Berbeza dengan daun ketumbar yang tidak selalu digunakan kecuali untuk memasak beberapa jenis hidangan tertentu seperti tomyam, hidangan Thai, atau hidangan India.
Daup sup: Biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Ia juga sering dipakai untuk menghiaskan makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Rasa daun ini juga tidak begitu kuat dalam masakan.
Daun ketumbar: Terkenal dalam masakan India atau hidangan Thailand.
6. Perbezaan rasa
Rasa daun ketumbar lebih kuat dan tajam, sementara daun sup tidak begitu pahit.
Baca:
Memang leceh nak bersih kesan minyak pada bekas plastik, guna cara ni tak perlu sental pun
Biar betul! Cara potong bawang akan tentukan rasa masakan? Kalau nak sedap memang kena ikut cara ni