Realtime website trackingweb stats

Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap

Oleh FATIN AQILAH

Tidak ramai tahu bahawa Masjid Lama Machap yang terletak di gigi Empangan Durian Tunggal sudah pun berusia ratusan tahun.

Dibina oleh seorang ulama Bugis, dikenali dengan nama Datuk Machap, masjid itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara.

Terletak 15 km dari pusat bandar Alor Gajah, lokasinya agak jauh di tengah hutan. Namun, binaan dan ruang dalamannya masih dijaga dengan baik oleh keluarga keturunan Datuk Machap.

Pada 20 September, peruntukan sebanyak RM250,000 daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diumum bagi membaik pulih bangunan bersejarah itu.  Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap

Ketahui 11 fakta menarik mengenai masjid unik yang masih berlantaikan simen dan bukannya karpet selain mimbarnya bersaiz kecil ini:

1. Datuk Machap atau nama sebenarnya, Jailani Mendik Masab merupakan ulama Bugis yang juga pedagang datang ke Melaka sekitar tahun 1500 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Bendahara Melaka dapat mengesan kewarakannya sehingga beliau dilantik sebagai Imam Diraja.

2. Beliau banyak membantu Sultan Melaka sewaktu Portugis menyerang Melaka menyebabkan Datuk Machap kemudiannya turut diburu. Beliau melarikan diri bersama pengikutnya serta seorang anaknya yang telah luka dengan cara mudik ke hulu melalui Sungai Melaka.

Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap

3. Ulama berkenaan kemudiannya membina masjid ini selepas melarikan diri apabila gagal membantu menentang Portugis pada tahun 1511.

4. Pada 1865, bangunan masjid baharu diperbuat dari batu, genting dan tanah liat dibina bagi menggantikan struktur kayu.

5. Seorang mubaligh Cina Islam mengadakan usaha mengutip derma dari penduduk setempat bagi tujuan pembinaan masjid baharu itu.

6. Terdapat sebuah plak peringatan di sayap kiri masjid yang menyenaraikan nama dan jumlah sumbangan bagi membantu kerja-kerja membaikpulih bangunan masjid ketika itu.

7. Masjid berusia ratusan tahun di Melaka ini satu-satunya masjid bertulisan Cina serta mempunyai lukisan pada dindingnya.

8. Di dalam masjid, terdapat lima buah makam lama dikelilingi pagar besi dan berbumbung termasuk pusara Datuk Machap yang menggunakan megalith sebagai batu nisan.

9. Masjid ini tidak digunakan lagi apabila kerajaan menjadikan perkampungan sekitar sebagai kawasan tadahan air untuk negeri Melaka pada tahun 1960-an.

10. Di pekarangan masjid itu, masyarakat Cina telah mendirikan sebuah gerbang beridentitikan budaya Tionghoa. Namun, binaan itu ditenggelami air sehinggalah ke tangga yang dibina mengunakan ‘batu kaki’ untuk menaiki masjid ini.

11. Sekarang, untuk masuk ke pekarangan Masjid Lama Machap perlu berjumpa dengan waris yang menjaga tempat ini, iaitu Puan Mashitah.

Ada di gigi empangan saja, ketahui 11 fakta menarik Masjid Lama Machap

Baca:

Bawang lagi besar dari kepala, rupanya petani ini guna dua teknik hasilkan tuaian rekod dunia

Elak kena serangan strok, ini patut anda buat bila doktor kata tahap kolesterol sudah tinggi

Tular Ahli Parlimen PN dirakam hisap vape dalam Dewan Rakyat, ini penjelasan sebenar tuan badan