Realtime website trackingweb stats

Ada budak sampai dekat 3 jam menjerit tahan sakit, ini 4 contoh kes ‘ancaman’ di tandas

Oleh AHMAD ISMAIL

Banyak kes rupanya Jabatan Bomba dan Penyelamat terima membabitkan kanak-kanak yang kakinya tersangkut dalam lubang tandas cangkung sehingga ada terpaksa hampir 3 jam menderita tahan sakit.

Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak mereka akan ‘ancaman’ yang boleh saja berlaku terutama sebelum kaki mereka melangkah ke tandas untuk membuang air.

Selain amalan doa sebelum masuk tandas, faktor fizikal seperti lantai tandas cangkung yang bebas daripada lumut patut diberi perhatian.

Boleh juga beli ‘floor mat’ anti tergelincir sebab orang dewasa pun terutama ibu mengandung dan warga tua terdedah pada risiko bahaya lantai basah.

Berikut 4 kes kaki kanak-kanak tersangkut dalam lubang tandas yang patut mengingatkan kita bahawa pentingnya menjaga keselamatan walaupun semasa masuk ke tandas:

Ada budak sampai dekat 3 jam menjerit tahan sakit, ini 4 contoh kes 'ancaman' di tandas

1. Seorang budak lelaki berumur 9 tahun terpaksa menanggung derita kira-kira sejam apabila kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas rumahnya di sebuah apartmen di Balakong, Selangor pada 18 September 2023 waktu malam.

Kerja mengeluarkan kaki murid Darjah 3 itu melibatkan lima pegawai dan anggota bomba.

2. Jarang kes kaki tersangkut di lubang tandas membabitkan kanak-kanak perempuan. Namun, itu yang berlaku pada seorang kanak-kanak berumur 12 tahun.

Berlaku di kediaman keluarganya di Jalan Kancil 8, Taman Scientex, di Pasir Gudang, pada 4 Julai 2021 selepas waktu Maghrib, dia terpaksa menahan sakit selama 40 minit untuk bomba mengeluarkan kakinya.

3. Sepasukan 16 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah dikejarkan ke sebuah rumah di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Kuala Lumpur selepas kaki seorang budak perempuan berumur tiga tahun tersepit dalam lubang tandas.

Pada 16 Mac 2022 waktu malam itu, budak itu terpaksa menahan sakit hampir dua jam untuk diselamatkan selepas memecahkan paip dengan menggunakan peralatan khas.

4. Kaki kanan seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun berjaya dikeluarkan pihak bomba dari lubang tandas di rumahnya selepas terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit.

Kes pada 17 September 2020 di sebuah rumah di Tasek Gelugor, Butterworth ini agak ‘ngeri’ apabila kaki mangsa telah tersangkut di dalam lubang tandas hingga paras paha!

5. Hampir 3 jam seorang budak lelaki di Pangsapuri Tanjung Aru, Kota Kinabalu menangis dan berteriak sakit sakit ketika bomba bertungkus lumus mengeluarkan kakinya tersangkut di lubang tandas.

Murid darjah 2 itu mulanya hendak membuang air kecil tetapi tergelincir lalu kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas di rumah keluarganya pada tengah hari 13 April 2020.

Pasukan bomba mengambil masa lama dan menggunakan peralatan khas untuk mengelak kecederaan lebih serius. Mangsa kemudiannya dirawat oleh anggota Unit EMRS dan hanya cedera ringan.

Baca:

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin

Tak sangka 90% hasil sumbangan kena rembat, lelaki ini bagi tips elak sedekah kepada scammer

Kalau ada lebihan RM100 setiap bulan, ini 3 perkara boleh dibuat