Abang kandung dedah punca cekik adik 9 tahun hingga maut, rupanya ada bisikan. Seorang kanak-kanak lelaki berumur sembilan tahun dilaporkan maut selepas dipercayai dicekik oleh abang kandungnya yang berusia 14 tahun hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu.
Menurut jiran mangsa yang juga saksi kejadian, sewaktu anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya, ibu mangsa telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya mengenai kejadian berkenaan.
Tambahnya, kejadian hanya disedari oleh ibu mangsa setelah melihat insiden tersebut pada paparan telefon bimbit. Hal ini kerana ia telah disambungkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di dalam rumah mereka.
Difahamkan, mangsa mengalami sakit mata dan tidak hadir ke sekolah. Pada ketika itu, dia telah tinggal bersama abangnya yang dipercayai mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu.
BACA JUGA: Pegawai Polis Ditemukan Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala
“Saya bergegas ke rumah mereka dan terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kebiruan.
“Abangnya pula seperti tidak sedar apa yang sedang dilakukan dan masih mencekik adiknya hingga beberapa jiran lain datang membantu,” ujarnya sewaktu ditemui Sinar Harian hari ini.
Jelasnya, dia juga terkejut dengan kejadian itu, apatah lagi suspek seorang yang baik dan sering bermain dengan anak-anak jiran.
Walau bagaimanapun, dia berkata remaja itu disyaki mengalami trauma seperti dirasuk baru-baru ini.
Dalam pada itu, kejadian tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
Katanya, kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti keluarga,” jelasnya.
Remaja 11 Tahun Dicekik Hingga Maut
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut, dipercayai disepak, dicekik dan dihempas oleh seorang remaja berusia 16 tahun, lapor Bernama.
Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca akibat wang ringgit berjumlah RM4.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan asnaf.
Sewaktu kejadian, suspek dan mangsa bersama enam lagi penghuni di situ sedang membersihkan surau.
“Mangsa didakwa diusung oleh tiga penghuni ke rumah penyelia asrama, yang terletak kira-kira 50 meter dari surau itu. Pada pukul 4.15 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan penyelia terlibat pada awalnya menjangka mangsa terkena sawan atau kancing gigi.
“Penyelia terlibat terus membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di wad kecemasan,” katanya