Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar menegaskan bahawa Bahasa Malaysia wajib diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan perlu menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.
Seri Paduka Baginda bertitah, sebarang usaha atau cadangan untuk memberi pengiktirafan kepada bahasa lain mesti meletakkan Bahasa Malaysia sebagai keutamaan terlebih dahulu, selaras dengan kedudukannya yang termaktub sebagai bahasa kebangsaan.
“Bahasa Malaysia hendaklah menjadi bahasa utama kerana ia bahasa kebangsaan negara.
“Jika ada cadangan untuk mengiktiraf bahasa lain, Bahasa Malaysia mesti diiktiraf terlebih dahulu.
“Sekiranya tidak menerima Bahasa Malaysia, maka tidak perlulah tinggal di Malaysia,” titah Baginda.
Baginda menyampaikan titah tersebut ketika Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-15 yang berlangsung pagi ini.
Isu berkaitan bahasa kebangsaan itu timbul dalam konteks perbincangan mengenai pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), yang terus menjadi perhatian dan perbahasan dalam landskap pendidikan negara.