Terengganu berdepan dengan ‘krisis senyap’

Oleh ABDULLAH HAMID

Terengganu berdepan dengan ‘krisis senyap’. Terengganu kini berdepan ‘krisis senyap’ apabila statistik terbaru mendedahkan bahawa hampir 76 peratus penduduk negeri itu—bersamaan kira-kira 988,000 orang daripada 1.3 juta penduduk—mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti!

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong, angka ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 15.2 peratus berbanding hanya 60.8 peratus pada tahun 2011.

Terengganu berdepan dengan 'krisis senyap'

Remaja Terengganu juga tidak terkecuali – 1 daripada 3 alami obesiti!

Lebih membimbangkan, satu daripada tiga remaja di Terengganu kini dikategorikan sebagai obes. Puncanya? Tidak lain dan tidak bukan – gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan yang tinggi gula serta lemak, ditambah pula dengan ketagihan terhadap gajet yang mengurangkan aktiviti fizikal.

“Remaja hari ini kurang aktif. Banyak masa dihabiskan dengan telefon dan permainan video, manakala pilihan makanan pula dipenuhi dengan minuman bergula, makanan segera dan snek tidak sihat,” jelas Dr Kasemani.

Risiko Penyakit Kronik Meningkat – Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi dan Buah Pinggang

Masalah obesiti ini bukan sekadar soal penampilan, tetapi turut meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti:

  • Kencing manis (diabetes)
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah buah pinggang

Keadaan ini membimbangkan memandangkan Terengganu sememangnya sudah mencatat kadar penyakit NCD yang tinggi.

Kempen ‘War On Sugar’ Diperhebat – Awas Gula Tersembunyi Dalam Minuman!
Bagi menangani isu ini, JKNT kini giat menganjurkan program-program kesedaran awam, termasuk Kempen ‘War On Sugar’ yang bertujuan mendidik rakyat tentang bahaya gula tersembunyi dalam makanan dan minuman harian.

Kempen ini menekankan bahawa:

Minuman ringan = Gula berlebihan
Teh tarik pekat = Kalori tersembunyi
Snek manis harian = Punca utama berat naik

Masa Untuk Bertindak – Gaya Hidup Sihat Bermula Dari Rumah

Statistik ini jelas menunjukkan bahawa kita perlu bertindak sekarang, bermula dari rumah dan komuniti. Pengambilan makanan sihat, aktiviti fizikal dan kesedaran tentang risiko obesiti harus diberi keutamaan—terutama dalam kalangan generasi muda.

Ingat, kesihatan itu pelaburan jangka panjang. Jangan tunggu sampai badan ‘berbunyi’ baru nak ubah gaya hidup.

BACA JUGA :

“Who is M Nasir?” Papan tanda iklan undang reaksi pengguna jalan raya

Yang di-Pertuan Agong zahir penghargaan kepada semua guru di seluruh Malaysia

“Kami bertindih macam orang buang barang” – Detik cemas manga nahas lori FRU