Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya pasar adalah tempat dibenci, mufti jelaskan sebabnya

Oleh NUR KASIH

Pasar merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai untuk membeli barangan basah

seperti ikan, ayam, daging, makanan laut, dan pelbagai jenis sayuran.

Namun, seorang individu menarik perhatian ramai dengan mengajukan persoalan sama ada benar pasar adalah tempat yang dibenci oleh Allah SWT.

Keraguan tersebut dijawab dengan jelas oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui portalnya.

Dalam al-Quran, dunia diibaratkan sebagai tempat persinggahan sementara bagi manusia untuk mengumpul amalan, yang akan dibawa ke akhirat yang kekal.

Baru tahu rupanya pasar adalah tempat dibenci, mufti jelaskan sebabnya

Oleh itu, sebagai orang beriman, kita perlu memanfaatkan waktu dengan banyak melakukan amal soleh dan menghindari tempat yang tidak baik.

Irsyad al-Hadith menjelaskan persoalan tersebut dengan merujuk kepada hadis yang berkaitan:

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

“Tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.” (Riwayat Muslim (671))

Memasuki pasar dianggap makruh kecuali jika terdapat keperluan mendesak. Imam al-Nawawi dalam kitabnya menjelaskan bahawa masjid adalah tempat yang disukai Allah kerana ia adalah tempat ibadah dan ketakwaan. Sebaliknya, pasar dianggap tidak disukai Allah kerana sering menjadi tempat penipuan, riba, dan jauh dari ingatan kepada Allah.

Imam al-Qurtubhi juga menyebut bahawa memasuki pasar dianggap makruh, terutama jika terdapat banyak kemungkaran di dalamnya, lebih-lebih lagi di zaman kini yang mana terdapat percampuran antara lelaki dan wanita.

Menurut para ulama, apabila terdapat banyak kebathilan dan kemungkaran di pasar, maka hukum memasukinya adalah makruh walaupun dengan niat untuk mendapatkan kebaikan. Imam Ibn Batthal menjelaskan bahawa masjid adalah tempat untuk mengingat Allah, sedangkan pasar penuh dengan kebisingan dan kesibukan duniawi, seperti manusia yang sibuk mengumpul duit.

Melihat kepada pandangan para ulama di atas, hukum memasuki pasar adalah makruh kerana ia boleh menyebabkan manusia jauh atau berpaling daripada mengingati Allah SWT.

Imam al-Mawardi dan yang lain mencela perbuatan orang yang sentiasa melazimi pasar dan menghabiskan banyak masa di situ sehingga mengabaikan ibadah kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, hadis yang menyebut pasar sebagai tempat yang dibenci oleh Allah adalah sahih kerana memasuki pasar dianggap makruh kecuali jika terdapat keperluan mendesak.

Dalam pada itu, kita perlu menjaga adab dan tidak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berguna sehingga mengabaikan kewajiban kita sebagai hamba Allah.

BACa: Poskad akhirnya sampai kepada penerima selepas 121 tahun dipos