Realtime website trackingweb stats

Ada beza ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’ tarikh luput barang ramai keliru

Oleh ADINDA

Ketika membeli barang, kita sering memeriksa tarikh luput pada produk. Biasanya, jika tarikh yang tertera belum tamat, kita akan yakin untuk membelinya.

Namun, pernahkah anda perhatikan perbezaan antara label “Guna Sebelum” dan “Baik Sebelum”?

Ahli kimia Fatimah Salim menjelaskan perbezaan antara kedua-dua label ini.

Guna Sebelum (Use by)

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” menunjukkan akhir tempoh di mana produk tersebut masih SELAMAT untuk dimakan.

Ada beza 'guna sebelum' dan 'baik sebelum' tarikh luput barang ramai keliru

Label ini biasanya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak boleh disimpan lama, seperti daging, susu, kek, roti, dan telur. Produk makanan yang dilabel sebegini haruslah dibuang serta-merta selepas tarikh tersebut.

Baik Sebelum (Best Before)

Tarikh yang tertera sebagai “Baik Sebelum” menandakan kualiti produk sehingga tarikh yang dinyatakan.

Selepas tarikh tersebut, produk mungkin sudah tidak boleh dijual kerana kualitinya telah berkurang, seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa, dan nutrisi asal. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna makanan tersebut tidak lagi selamat untuk dimakan.

Kita sebagai pengguna perlu menilai keadaan produk dengan memeriksa perubahan rupa (seperti berkulat, berlendir, atau pembentukan lapisan cecair),

warna (perubahan warna asal), bau (bau tengik disebabkan oksidasi), dan rasa (tengik atau masam). Jika terdapat perubahan ini, produk tersebut perlu dibuang.

Tip untuk memanjangkan jangka hayat produk:

Simpan produk di dalam peti sejuk (freezer atau chiller). Suhu rendah membantu melambatkan proses tindak balas kimia dalam produk dan memperlahankan pertumbuhan kulat serta aktiviti bakteria perosak.

BACA: Ramai pemilik kenderaan buat benda ini tanpa sedar, jadi punca haiwan kerap masuk dalam enjin