Kita sering mendengar kisah kekayaan bilionair zaman moden seperti Jeff Bezos, Bill Gates, dan Warren Buffett.
Namun, jarang sekali kita dengar tentang Mansa Musa, seolah-olah beliau telah dilupakan dari sejarah.
Pada abad ke-14, dari tahun 1312 hingga 1337, terdapat seorang raja dari Empayar Mali di Afrika Selatan yang amat kaya-raya.
“Mansa” bermaksud Sultan atau Raja, dan Musa merupakan raja ke-10 Empayar Mali yang berjaya menakluk 24 bandar semasa pemerintahannya.
Mali pada masa itu merupakan pengeluar emas terbesar di dunia, dan Musa dianggap sebagai orang terkaya dalam sejarah dunia.
Walau bagaimanapun, pengkaji moden tidak dapat menentukan dengan tepat kekayaan sebenar Musa.
Musa, dalam sumber Barat, dipanggil dengan beberapa nama seperti Mansa Musa, Kankou Musa, Kankan Musa, dan The Lion of Mali.
Mansa Musa adalah seorang Muslim, dan pada suatu masa beliau ingin menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji di Mekah. Bayangkan pada zaman tersebut, tanpa pengangkutan moden, perjalanan dari Afrika Selatan ke Mekah melalui Mediterranean dan Sungai Indus.
Perjalanan raja ini menjadikan namanya terkenal dari Utara Afrika hingga ke Tanah Arab. Beliau disertai oleh 60,000 orang dengan pakaian mewah, termasuk 12,000 suruhan yang membawa 1.8 kg emas, pakaian sutera, barang-barang emas, kuda, dan beg. Musa menyediakan kemudahan dan memberi makan kepada semua pengikutnya.
Beliau membawa bersama 80 ekor unta yang membawa kepingan emas antara 23 hingga 136 kg. Sepanjang perjalanan ke Mekah, emas ini diberikan kepada orang miskin, bukan hanya di Mekah tetapi juga di Cairo dan Madinah.
Selain itu, Musa juga terkenal dengan kegiatan sedekahnya. Beliau dikatakan membina masjid setiap Jumaat dan memberi cenderahati emas.
Tindakan besar Musa dalam menggunakan emas untuk transaksi dan sedekah menyebabkan kemelesetan ekonomi emas dalam masa 10 tahun. Beliau sedar akan kesan ini, dan semasa pulang ke Mali, beliau meminjam kembali emas dari peminjam di Cairo dengan kadar faedah yang tinggi.
Tindakan ini menyebabkan Cairo menguasai pasaran emas pada masa itu sebelum pasaran bergeser ke Timbuktu atau Gao. Empayar Mali dan tanahnya tercatat dalam Catalan Atlas pada tahun 1375.
Musa juga menerima kunjungan Ibn Battuta, seorang pengembara Muslim terkenal dari Maghribi.
Semasa perjalanan ke Mekah, beliau membawa arkitek dari Andalusia untuk membina istana di Timbuktu dan Masjid Djinguereber yang masih berdiri hingga hari ini. Timbuktu menjadi pusat perdagangan, budaya, dan ilmu Islam.
Pasar ini menjadi tempat bertemunya pedagang dari Hausaland, Mesir, dan kerajaan Afrika lainnya. Universiti Sankore di Timbuktu dipulihara dan ditingkatkan oleh Musa, menjadi pusat pembelajaran Islam dan budaya yang mempengaruhi seluruh Afrika dan Tanah Arab.
Mansa Musa adalah seorang pemimpin yang hebat, namun kisahnya sering tidak diceritakan dengan meluas. Mungkin kerana warna kulit atau agama beliau?
Kesimpulannya, Mansa Musa adalah seorang raja yang kaya yang membawa banyak kebaikan kepada negaranya. Beliau membina banyak tempat pembelajaran, masjid, pasar, dan lain-lain yang memberi manfaat kepada Mali dan kawasan sekitarnya.
BACA: Akhirnya terjawab macam mana lipan boleh wujud dalam rumah kita