Realtime website trackingweb stats

Patutlah jalan tar selalu berlubang ketika musim hujan

Oleh ABDULLAH HAMID

Konkrit asphalt atau yang selalu kita sebut sebagai ‘tar’ adalah terdiri daripada campuran asphalt (sebagai pelekat)

Dan aggregat (pecahan batuan) yang selalunya digunakan dalam pembinaan jalanraya di negara kita. Tahukah anda.

Kenapa jalan sering berlubang ketika musim hujan?

Jalan tar adalah bersifat seperti span, kenyal, agak lembut (cuba ketuk dengan tukul) dan mempunyai rongga.

Lazimnya dalam keadaan biasa (kering), konkrit asphalt dapat menyerap tekanan dari berat kenderaan yang melalui permukaannya kerana kekenyalan dan ruang rongga yang terisi oleh udara.

Patutlah jalan tar selalu berlubang ketika musim hujan

Tetapi apabila musim hujan, banyak air telah diserap dan mengisi setiap ruang dalam rongga-rongga tersebut dan menyebabkan ketepuan berlaku. Biasanya air ini ‘diperah’ keluar dan kembali ke bentuk asalnya seperti span.

Apabila kenderaan melaluinya berulang-ulang kali, akibat ketepuan, tar tersebut tidak dapat mengekalkan bentuknya lantas ianya pecah dan menyebabkan ianya berlubang lalu membentuk “patholes”.

Keadaan menjadi lebih teruk jika kenderaan berat seperti lori balak dan treler yang sentiasa melaluinya.

Jika kita perhatikan juga, pathole ini selalunya terbentuk di kawasan had laju atau di kawasan di mana kenderaan terpaksa dipandu perlahan (selekoh, lampu lalulintas, sekolah, etc.) dan jarang berlaku di kawasan lurus di mana kenderaan boleh dipandu dengan laju.

Asasnya, ‘berat’ kenderaan yang dipandu laju kurang memberi kesan terhadap permukaan tar. Lubang-lubang tersebut boleh menyebabkan kemalangan (cuba mengelak lubang) dan kerosakan kenderaan (ream tayar bengkok atau tayar pecah).

Kenapa ia sering berlaku di jalan-jalan kampung/jalanraya utama dan tidak di lebuhraya?

Pada amnya konkrit asphalt di jalan-jalan biasa adalah sama dengan konkrit asphalt di lebuhraya. Cuma yang membezakannya adalah lapisan di bawahnya.

Lapisan bawah konkrit asphalt di jalan-jalan biasa adalah terdiri daripada mampatan aggregat (campuran pasir dan batu kuari yang dilenyek oleh ‘stim roll’) manakala lapisan bawah bagi konkrit asphalt di lebuhraya pula adalah konkrit simen.

Sebab itu di lebuh raya jarang ada lubang-lubang atau mendapan di permukaan jalannya, lagipun kenderaan sering dipandu laju di kawasan tersebut.

Pembinaan jalanraya/lebuhraya dengan menggunakan konkrit simen adalah tidak praktikal kerana kosnya tinggi dan akan mempercepatkan tayar kereta anda haus atau ‘botak’.

Kenapa lebuhraya/jalanraya kita beralun di beberapa lokasi?

Sebenarnya masalah ini berpunca dari jenis bahan geologi di mana jalanraya/lebuhraya tersebut dibina. Keadaan ini disebabkan kehadiran lapisan gambut atau lapisan tanah liat atau ‘clay’ pada laluan tersebut.

Keadaan ini dapat diperhatikan di kawasan Rompin (Pahang), Dengkil (Selangor) dan beberapa kawasan di Johor.

Sifat gambut yang mudah termampat dan tanah liat yang bersifat plastik menyebabkan jalanraya tersebut beralun-alun.

Gambut sepanjang 1m boleh dimampatkan sehingga 1cm. Membuang gambut utk pembinaan jalanraya bukanlah kerja yang mudah dan kos juga adalah tinggi.

Untuk mengurangkan kesan beralun ini, gambut ini dibuang dan kemudiannya diganti dan dimampatkan dengan pasir.

Oleh itu jangan mudah menyalahkan pemaju/kontraktor pembinaan jalanraya terutamanya JKR jika kejadian ‘pelubangan’ yang sering berlaku di laluan kenderaan anda.

Pertimbangkan juga faktor-faktor lain yang menyumbang terhadap berlaku masalah tersebut.
Apa-apa pun, berhati-hatilah anda di jalanraya, pandu cermat.. jiwakan selamat.

*kredit kepada Blog Omen Necrofis

BACA: Lelaki ini kongsi bagaimana nak dapatkan wang tidak dituntut rupanya ramai yang tak ambil lagi