Realtime website trackingweb stats

Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti

Oleh ADINDA

Hukum menyambut Hari Ibu adalah dibenarkan dan tidak bertentangan dengan syarak kerana ia bukan perayaan keagamaan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah, berkata sambutan ini bertujuan untuk menghormati seorang ibu serta menunjukkan penghargaan atas segala jasa dan pengorbanannya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Menurutnya, sambutan Hari Ibu pada masa kini tidak berkaitan dengan agama, sebaliknya ia hanya dianggap sebagai satu adat.

“Hukum sambutan Hari Ibu adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan syarak kerana ia bukan termasuk dalam perayaan keagamaan.

“Seiring dengan perubahan masa, sambutan ini tidak lagi dilaksanakan untuk memperingati para dewi, bahkan semata-mata disambut bagi memuliakan seorang insan yang bergelar ibu serta menzahirkan penghargaan kepadanya atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Dah berzaman sambut hari ibu, ada yang dakwa bercanggah syarak? Ini penjelasan dan nasihat mufti

“Namun begitu, amalan menghargai jasa dan pengorbanan ibu ini tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu, malah kewajipannya berpanjangan dan berkekalan sebagaimana yang telah dititikberatkan dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW,” katanya.

Luqman menjelaskan tentang persoalan hukum bagi seorang Muslim yang menyambut perayaan tersebut dan sama ada ia dianggap menyerupai golongan bukan Islam.

Menurutnya, Islam amat menghormati dan memuliakan ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menekankan kewajipan untuk menghormati dan berbakti kepada ibu bapa.

“Allah SWT mengkhususkan perbuatan berbuat baik kepada ibu kerana mereka merupakan golongan banyak melakukan kebajikan, golongan yang lemah dan lebih memerlukan penjagaan dan perhatian.

“Ini sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang ibu berhak mendapat layanan kebaikan tiga kali ganda lebih daripada seorang bap,” jelasnya.

Menurut Lukman, terdapat dua pandangan tentang menyambut Hari Ibu:

Menyambut Hari Ibu adalah haram jika penglibatan umat Islam dalam perayaan tersebut menyerupai amalan agama lain, seperti yang dilarang oleh syarak.

Jabatan Fatwa Jordan menyatakan bahawa menyambut Hari Ibu adalah harus jika ia bermaksud untuk menghargai ibu masing-masing dan memberi hadiah kepada ibu, dan tidak termasuk dalam kategori perayaan agama.

“Memuliakan ibu pada hari tersebut dalam pengertian ini adalah suatu adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan syarak yang menekankan kepentingan mensyukuri dan menghargai ibu bapa tanpa mengira masa dan tempat.

“Memuliakan ibu pada Hari Ibu bukanlah dianggap satu tasyabbuh yang dilarang kerana sambutan ini tidak melibatkan upacara-upacara khusus dalam agama lain yang bertentangan dengan akidah Islam.Syeikh al-Tibiy menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tasyabbuh yang haram adalah meniru syiar agama orang kafir,” jelasnya.

Baca:

”Siapa kita untuk..” Scha Alyahya beri pesanan ‘padu’ kepada mak cik bawang

Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa

Tak perlu berkejar ke mamak lagi jika mengidam ayam tandoori, buat sendiri di rumah lagi puas hati