Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberitahu bahawa kantin sekolah akan dibuka sepanjang bulan.
Tetapi, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya, tidak setuju dengan keputusan itu.
Ahmad rasa tindakan Fadhlina seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan sengaja menyebabkan kontroversi.
Menurut MalaysiaKini Ahmad mengatakan bahawa orang bukan Islam boleh membawa makanan dari rumah.
“Mereka (pelajar bukan Islam) boleh hadir ke sekolah dengan bekal makanan dan makan di ruangan yang dibenarkan. Itu sudah memadai tanpa perlu arahan agar kantin dibuka yang dilihat agak keterlaluan.
“Ironinya, Dewan Ulama PAS Pusat melihat menteri sendiri gopoh dalam mengeluarkan arahan sedemikian seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan dan para pelajar Muslim yang harus diasuh untuk berpuasa sejak daripada kecil.
“Perkara sebegini hanyalah mencetuskan polemik tidak perlu dan membuang masa,” katanya menerusi satu kenyataan.
Perlu mengambil kira dan menghormati orang yang sedang berpuasa.
Baginya, penting untuk tidak membuka kantin sepanjang bulan Ramadan dan untuk menghormati pelajar yang menjalani puasa.
“Bukan bermaksud kita menghalang pelajar bukan Islam untuk makan di siang hari.
“Cuma ia juga satu bentuk didikan supaya mereka menghormati bulan Ramadan sejak di alam persekolahan,” ujarnya.
Ahli Parlimen dari Pokok Sena juga menyatakan betapa pentingnya mengajarkan kepada pelajar-pelajar Islam untuk berpuasa sejak kecil.
“Seharusnya kita memulakan langkah dengan memberikan pendidikan terhadap kepentingan berpuasa khusus kepada pelajar yang beragama Islam.
“Golongan pelajar bukan Islam juga akan turut menghayati kepentingan berpuasa walaupun tidak ada paksaan terhadap mereka,” katanya.
Baca:
Dah tak kena tipu lagi, KKM buat garis panduan kenali iklan produk makanan tak sihat
JAWI tegas pertahan tangkapan khalwat Aliff Aziz & Ruhainies bukan gimik promosi selebriti
Selamanya akan digelar penyondol, Zarina Zainuddin nasihat jangan nikahi suami orang