Pelawat yang melancong ke Pulau Langkawi sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina sangat bertuah kerana mereka dapat menyaksikan fenomena laut terbelah di Pantai Tanjung Rhu pada pagi 11 Februari 2024.
Menurut laporan Harian Metro, laut yang ‘terbelah’ selama satu jam 15 minit di pantai tersebut membolehkan para pengunjung berjalan di atas beting pasir sepanjang 600 meter.
Fenomena yang hanya berlaku sekali setahun ini bermula pada jam 6.45 pagi.
Pengunjung rata-rata dapat berjalan dari kawasan pantai hingga ke Pulau Ketam Baya dan Pulau Chabang semasa fenomena ini berlaku.
Semasa kejadian menarik itu berlaku, pengunjung juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis hidupan laut seperti kuda laut, obor-obor, tapak sulaiman, dan banyak lagi yang terdampar dalam keadaan hidup.
Difahamkan, menurut Datuk Haslina Abdul Hamid, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, sejak empat tahun yang lalu, peristiwa ini telah menjadi tarikan utama bagi pelancong yang melawat pulau tersebut.
Jadi, banyak pelancong dari seluruh negara yang sanggup datang berkunjung ke pulau legenda ini hanya untuk menyaksikan fenomena yang unik ini dengan mata kepala sendiri.
Untuk pengetahuan semua, penurunan air laut sepenuhnya di kawasan tersebut adalah faktor utama yang menyebabkan fenomena ini berlaku.
Baca:
Tak lagi berisiko sampai runtuh gigi, ini 9 petua boleh cuba lembutkan ayam pencen
Tanpa abang polis, wanita warga Thailand sarat mengandung ini mungkin berdepan masalah besar
Khairul Aming bukan usahawan berjaya pun, pendapat lelaki ini mengejutkan