Seperti yang kita lihat, matahari akan jadi merah jingga pada waktu matahari terbit dan terbenam.
Pada siang hari, matahari kelihatan kuning cerah. Ini boleh menjadikan kita berfikir bahawa matahari selalunya berwarna kuning atau oren.
Namun, warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren.
Ketika dilihat daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) atau bulan, matahari memaparkan warna asalnya, iaitu putih.
Ini berlaku disebabkan cahaya matahari merentas atmosfera Bumi dan ‘penapis’ atmosfera ini menyebabkan cahaya matahari kelihatan berwarna kuning atau oren ketika berada di Bumi.
Atmosfera bumi membuat matahari kelihatan berbeza dengan menyebar cahaya di bahagian pendek gelombangnya.
Fenomena ini disebut ‘Rayleigh scattering.’
Penyerakan warna dalam gelombang pendek oleh penapis atmosfera Bumi menyebabkan langit nampak berwarna biru.
Kemudian, warna-warna seperti merah, oren, dan kuning tersebar dan tercermin di langit dalam gelombang panjang.
Apabila lapisan atmosfera menjadi lebih tebal semasa matahari terbit dan terbenam, ia akan menyebabkan matahari kelihatan dengan warna merah, oren, atau jingga.
Pada waktu siang, lapisan atmosfera yang nipis akan membuat matahari kelihatan kuning atau hampir dengan warna asalnya.
Tambahan pula, asap dan kabus juga boleh menyebabkan cahaya matahari tersebar, menyebabkan matahari kelihatan oren atau merah.
Sumber: Indozone, NASA
Baca:
Dahsyat grafik kempen boikot di Turki ini, rupanya Starbucks terang-terang sokong pengganas dunia
9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada