Bagi pasangan muda suami isteri memang satu cabaran besar untuk membeli rumah yang selesa dan mampu milik.
Memiliki rumah pertama memang impian semua orang tetapi harga pasaran yang tinggi menyebabkan ramai terpaksa terus menyewa.
Apapun, ukur baju di badan sendiri. Untuk membeli rumah pun kena sedar tahap kemampuan kewangan sendiri selain perlu mengecilkan selera dan berjimat.
Ikuti perkongsian cerita Muhaymin Wahab ini yang berjaya memiliki rumah idaman selepas lama menanti:
Cerita tentang sebuah keinginan yang tertunda. Dua tahun selepas perkahwinan, kami suami isteri buat keputusan yang agak besar dan akan mengikat komitmen bulanan kami iaitu ‘membeli rumah’.
Awalnya kami menyewa di sebuah apartmen (650 kaki persegi) dengan bayaran RM900 sebulan. Harga agak tinggi kerana kawasan yang mendapat permintaan ramai terutamanya pelajar Universiti Malaya (UM).
Namun, masuk bulan ke-12 pemilik mahu naikkan sewa kepada RM1,000 sebulan. Bermula dari situ, kami pasang hasrat untuk membeli sebuah rumah.
Waktu itu, kami berperang dengan perasaan sama ada untuk terus membeli rumah teres atas memilih apartmen. Apartmen selalunya bertingkat dan agak kecil manakala rumah teres pula di atas tanah dan besar.
Malangnya, harga pasaran di tempat berkenaan sangat tinggi untuk sebuah rumah teres dan di luar kemampuan. Mana mungkin mahu mengikat komitmen yang agak tinggi.
Namun, kerana mahu tinggal di kawasan berkenaan bagi memudahkan Puan Azlina ke tempat kerja, kami bersetuju mencari sebuah apartmen kos sederhana.
Setelah mendapat pandangan, membuat rujukan nasihat kewangan di internet dan meninjau beberapa buat apartmen, kami akhirnya memilih untuk membeli sebuah kediaman sebuah apartmen. Luasnya 750 kaki persegi di Jalan Klang Lama.
Harganya RM110,000 dengan bayaran bulanan RM800++. Sesuailah untuk kami dari segi keluasan dan lokasi yang agak strategik. Lagipun kami hanya berdua waktu itu. Aidil dan Anggun belum lahir lagi.
Jadi, kami abaikan dulu hasrat untuk memiliki sebuah rumah yang teres bertingkat dan kami diami apartmen ini 10 tahun lamanya.
Selepas berpindah keluar tahun lepas, akhirnya hari ini kami akan kosongkan untuk disewa. Tiada niat untuk jual apartmen ini. Aset pertama, sayang wooo…
Kami belajar satu perkara tentang kewangan apabila berpindah keluar apartmen. Jika dulu kami terus beli rumah teres yang mahal, mungkin agak sukar untuk membeli rumah yang seterusnya kerana komitmen sedia ada yang tinggi.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan keluarga kecil kami. Mujur juga belajar sedikit tips kewangan dari internet. Keinginan yang tertangguh memudahkan kami merancang.
Aih, rindu pula dengan kehidupan di apartmen Jalan Klang Lama ini. Banyak kenangan yang tercipta di sini.
Teringatkan rakan-rakan jiran yang baik dan mesra. Kemeriahan Ramadan juga masih terbayang-bayang. Meriah sangat. Mutiara tetap dihati.
Baca:
Boleh pula dia mengamuk campak duit, aksi melampau OKU ini menempah kecaman netizen
Emilyn kalahkan hampir 35,000 peserta, murid Malaysia menang peraduan menulis tertua di dunia
Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam