Realtime website trackingweb stats

80 tan bom serang Hassan Nasrallah, Israel benar-benar pengecut – IAIS

Oleh HADI KAMARUDIN

Pembunuhan Sayyid Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hezbollah oleh rejik Israel mencerminkan sikap sebenar mereka sebagai pengecut dan penakut dalam menghadapi tentangan dari Hezbollah secara perang berhadapan.

Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa Malaysia (IAIS) dalam satu kenyataan berkata, serangan dengan menjatuhkan 80 tan bom sehingga mengakibatkan lebih 1000 orang awam terbunuh dan memusnahkan enam bangunan serta menghapuskan kawasan kejiranan, menunjukkan ketidakpedulian rejim tersebut terhadap kemanusiaan.

“Bom yang digunakan dalam serangan ini adalah buatan Amerika Syarikat

Ini menimbulkan isu dwi-standard di peringkat antarabangsa, terutama dalam konteks tuduhan terhadap Iran yang didakwa membekalkan senjata kepada kumpulan penentang.

“Masyarakat perlu mempersoalkan logik dan tindakan negara-negara yang menyokong Israel dalam serangan ini.

80 tan bom serang Hassan Nasrallah, Israel benar-benar pengecut - IAIS

Jika Iran dianggap bersalah kerana didakwa menyokong kumpulan penentang, bagaimana pula dengan Amerika Syarikat yang secara terbuka membekalkan senjata pemusnah kepada Israel?

Ketidakadilan ini perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat antarabangsa,” kata pusat kajian itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, rejim Israel tidak belajar dari sejarah, di mana pembunuhan pemimpin penentangan seperti Sheikh Ahmed Yassin dan Ismail Haniyeh tidak menghentikan perjuangan rakyat Palestin.

Sebaliknya kata IAIS, tindakan kejam ini sering kali memicu semangat penentangan yang lebih besar terhadap pendudukan Israel.

“Kematian Sayyid Hassan Nasrallah tidak akan memadamkan semangat perjuangan. Kesyahidannya akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan mereka.

“Perjuangan untuk membebaskan Palestin akan terus berlanjutan,” katanya.