Realtime website trackingweb stats

8 tips elak disambar petir boleh membawa maut, antaranya ramai tak perasan

Oleh NUR KASIH

Macam mana cara elak disambar petir? Selepas beberapa minggu melalui hari-hari yang panas terik, kini tiba pula musim peralihan monsun,

Di mana langit biasanya akan cerah di waktu pagi dan pada sebelah petangnya pula, hujan lebat, angin kencang, berserta ribut petir akan melanda.

Tempoh peralihan monsun ni selalunya berlaku pada pertengahan Mac hingga April, dan pada September hingga November.

Korang nak tahu tak, Malaysia merupakan negara yang ketiga tertinggi dalam dunia bagi negara yang selalu dipanah petir.

Jadi bila musim peralihan monsun dah tiba, risiko untuk seseorang tu dipanah petir akan menjadi tinggi.

8 tips elak disambar petir boleh membawa maut, antaranya ramai tak perasan

Melainkan kalau korang tahu dan amalkan tips-tips elak daripada disambar petir di bawah ni, risiko tu akan berkurangan:

Segera Cari Tempat Berlindung

Kalau korang perasan langit dah gelap dan guruh pun kedengaran, cepat-cepatlah cari tempat berlindung. Walaupun hujan belum turun, petir masih boleh menyambar ke bumi.

Tempat perlindungan paling selamat adalah di dalam bangunan. Tapi kalau tak ada bangunan berdekatan, korang boleh berlindung di dalam kereta.

8 tips elak disambar petir boleh membawa maut, antaranya jangan gunakan telefon berkabel!

Tapi kereta pun kalau di tengah lapang boleh disambar petir juga! Hati-hati.

Jangan Gunakan Payung

Petir akan menyambar objek yang paling tinggi di kawasan yang lapang.

Jadi apabila menggunakan payung, risiko untuk dipanah petir menjadi tinggi sebab koranglah objek paling tinggi di situ.

Satu lagi, rod payung selalunya diperbuat daripada besi. Lagi bahaya sebab besi adalah pengalir elektrik yang baik.

Habistu takkan nak basah-basah tak pakai payung? Korang tunggu je lah sampai redha sikit hujan dan ribut petir tu ya.

Elakkan daripada Berteduh di bawah Pokok atau Objek Terasing yang Tinggi

Macam yang korang tahu, petir akan menyambar objek yang paling tinggi di kawasan yang lapang.

Jadi elakkan berteduh di bawah pokok ataupun tiang lampu, sebab walaupun yang disambar petir adalah objek lain,

tapi tenaga elektrik daripada petir tu akan mengalir hingga 100 meter daripada tempat panahan.

Kalau korang berada dalam hutan pula atau memang tiada bangunan paling hampir, berteduhlah di bawah pokok yang paling rendah.

Segera Duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir

Jika tak ada langsung tempat yang korang boleh berlindung, jangan baring! Cepat-cepat ambil posisi kedudukan pertahanan petir iaitu;

mencangkung dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. Pastikan korang tak berada dekat dengan apa-apa objek besi.

Jangan Gunakan Telefon Berkabel

Walaupun dah tak ramai orang gunakan telefon rumah, tapi bagi yang masih ada, jangan gunakan telefon tersebut semasa kilat

sedang menyambar sebab kabel telefon boleh bertindak sebagai konduktor cas elektrik daripada petir.

Sama juga kesnya jika menggunakan telefon bimbit yang disambungkan dengan kabel pengecas.

Elakkan daripada Gunakan Alat Pancuran dan Paip Air

Semasa ribut petir, kilat boleh melalui sistem saliran air, apabila ia menyambar rumah korang.

Kalau terdengar guruh di luar, jangan mandi terlebih dulu. Walaupun tandas korang tertutup dan tak mempunyai tingkap, kilat masih boleh menyambar melalui paip air. K

alau korang perlu gunakan singki, guna hanya apabila perlu saja.

Tutup Semua Tingkap

Walaupun jarang-jarang berlaku, petir masih boleh menyambar melalui tingkap yang terbuka.

Jadi tutup semua tingkap di dalam rumah dan disebabkan tingkap diperbuat daripada kaca, ia boleh menjadi penebat kilat yang baik. Kalau hujan pun kan tempias. jadi lebih baik tutup je tingkap tu.

Tunggu 30 Minit Selepas Guruh Terakhir

Apabila ribut petir dah semakin reda, dan korang tak nampak lagi pancaran kilat, jangan keluar lagi. Ingat, hujan berhenti tak bermakna kilat tak boleh memancar. Sebaiknya, apabila korang dah mendengar guruh terakhir berbunyi, tunggu paling kurang 30 minit sebelum nak keluar daripada tempat berteduh. Barulah suasana betul-betul selamat.

Langkah Keselamatan Semasa Petir – KKM

Baca Lagi:Bengang kereta potong ‘que’ ketika trafik sesak? Ini cara ‘report’ terus pada JPJ