Seorang pempengaruh yang juga bukan beragama Islam dilihat peka dengan keperluan rakan Muslim untuk menjamah makanan halal.
Atas kesedarannya sendiri, Ricky menyenaraikan 6 makanan yang tidak halal:
- Apam balik
- Cendol dan rojak
- Mi tarik
- Hok Kien Mee
- Bubble tea
- Oyster omelette
Menurut Ricky, semua makanan di atas sebenarnya halal tetapi jadi tidak halal apabila orang Muslim makan makanan di atas daripada peniaga non Muslim.
“Contohnya, makan di kedai sepanjang jalan di Pulau Pinang.
“Kadang-kadang saya pun hairan, ada orang Muslim makan di kedai non Muslim.
“Makanan itu disediakan atau dijual oleh non Muslim.
“Jadi, kemungkinan besar makanan atau bisnes itu tidak dapat sijil pengesahan halal JAKIM,” katanya menerusi video tular.
Meraih lebih 8,000 tanda ‘like’, Ricky memberitahu tujuan perkongsiannya itu sebagai rasa
“Sebab saya hormat kawan-kawan kita.
“Saya kena pastikan makanan yang dimakan oleh kawan yang Muslim adalah makanan yang Muslim boleh makan,” tegas Ricky lagi.
Baca:
Nak hilangkan batu karang, apa kata cuba 3 petua dikongsi doktor ini
Mekah buka surau di langit, solat rasa seperti atas awan, paling tinggi di dunia
Cara mudah nak hilangkan cacing pada kanak-kanak, bahannya pun ada di dapur