Realtime website trackingweb stats

6 mainan ini berguna bagi anak anda cerdik, nombor 3 tu masa untuk abaikan telefon

Oleh FATIN AQILAH

Jangan bagi anak kecil anak dengan telefon saja kerana aktiviti bermain adalah peluang untuk mereka membangunkan kemahiran deria seterusnya cerdik akal dan emosi.

Ibu bapa harus memilih permainan yang direka khusus untuk pembelajaran dan pembangunan yang dapat mencetus rasa ingin tahu kanak-kanak melalui permainan menarik dan aktif.

Berikut ini 6 permainan anak-anak yang wajib ibu bapa sediakan seperti dikongsikan Armina Aulad:

6 mainan ini berguna bagi anak anda cerdik, nombor 3 tu masa untuk abaikan telefon

1. Mainan berasaskan cause & effect

Sesuai untuk anak pada sebelum 2 tahun.

Dalam tempoh usia ini, anak-anak sedang belajar apa kesan kalau dia buat begini dan begitu.

2. Mainan konstruktif

Dalam usia anak 2 – 4 tahun, mainan berasaskan konstruktif amat disyorkan diberi kepada anak.

Jenis permainan ini membina kemahiran dan kekuatan motor tangan anak-anak.

Permainan seperti Lego, features miniatures, blocks dan pipes juga membina kemahiran kognitif dan kreativiti si cilik.

3. Mainan fizikal

Jadikan rutin sekali seminggu misalnya, bawa anak ke taman permainan. Biar mereka mencuba segala permainan yang ada.

Aktiviti fizikal ini melatih kekuatan anggota tubuh mereka terutamanya tangan dan kaki.

Lagi banyak anak membuat aktiviti fizikal, lagi mudah dia tidur malam.

Jadi, boleh buat aktiviti fizikal ini.

Contohnya, indoor playground, hula hoop, trompolin, lompat getah.

4. Mainan ‘messy’

Bersedia untuk rumah bersepah dan anak comot sebentar demi merangsang deria sentuhan.

Sejak anak berumur 3 bulan lagi, boleh dah sambil dukung anak, cuba sentuhkan kaki anak dengan rumput yang masih dibasahi embun.

Boleh juga pergi ke pantai, letak sedikit pasir pantai di atas kakinya, biar dia rasa.

Malah, aktiviti penting ini boleh buat di rumah. Berikan anak tepung dan air.

Boleh juga beri peluang kepada anak main dengan warna air, pasir, air sabun dan tanah liat.

5. Mainan lakonan

Semarakkan imaginasi anak-anak biar dia ‘berangan’ jadi doktor atau penjual, contohnya.

Boleh dapatkan set mainan bertemakan pekerjaan ini.

Aktiviti ini akan melatih anak menambah perkataan-perkataan baharu.

Anak akan dilatih menjadi kreatif untuk membina ayat, contohnya urusan jual beli di kedai dengan ‘berlakon’.

Paling penting di sini, ibu atau bapa jangan pula leka main telefon sebaliknya kena rajin melayan dan galakkan anak bercakap.

6. Mainan berasaskan kertas dan pensel

Inilah mainan paling senang dan menjimatkan sebenarnya.

Ibu bapa kena wajib pastikan anak bawa beg yang ada buku kosong, pensel dan pensel warna atau krayon.

Bawa ke mana pergi biar tangan dan kemahiran kognitif anak sentiasa aktif dan ligat.

Baca:

Polis trafik mintak RM100, saman trafik makin efisyen?- Netizen

Bayaran STR naik dari RM300 ke RM500 akan dikredit ke akaun mulai hari ini

Pasal ‘sebab boleh dik’, lelaki ini dilabel perosak – Azri Walter ‘jentik’ ibu bapa