Bateri kereta secara purata boleh bertahan antara dua hingga tiga tahun, bergantung pada jenis dan cara
penggunaannya. Pemeriksaan berkala bateri amat penting bagi memastikan kenderaan berfungsi dengan lancar
serta mengelakkan masalah enjin tidak dapat dihidupkan, terutama dalam situasi kecemasan.
Apakah Tindakan Jika Bateri ‘Kong’?
Masalah bateri lemah atau rosak sering dihadapi oleh pemilik kenderaan dan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Jika enjin kereta anda tidak dapat dihidupkan kerana bateri sudah ‘kong’,
langkah pertama adalah mencari cara untuk menghidupkan semula enjin. Salah satu kaedahnya ialah jump start.
Panduan Jump Start Bateri
Berikut adalah langkah-langkah yang disarankan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk melakukan jump start dengan selamat:
Sambungkan kabel merah pada terminal positif (+) bateri kereta mati ke terminal positif (+) bateri kereta membantu.
Sambungkan kabel hitam pada terminal negatif (-) bateri kereta membantu ke badan atau blok enjin kereta mati (bukan ke terminal negatif bateri kereta mati).
Hidupkan enjin kereta membantu terlebih dahulu.
Hidupkan enjin kereta mati.
Setelah enjin kereta mati berjaya dihidupkan, biarkan ia berjalan selama beberapa minit.
Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik (4, 3, 2, 1) untuk memastikan keselamatan.
Peringatan Penting
Sentiasa lakukan pemeriksaan berkala bateri kereta bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini.
Masalah bateri ‘kong’ boleh menjadi lebih membebankan jika berlaku dalam situasi kecemasan, seperti ketika tergesa-gesa atau jauh dari bengkel.
Pendek kata, sediakan payung sebelum hujan dengan memastikan bateri kereta sentiasa dalam keadaan baik.
BACA:Muaz Zabir dedah umur masuk 27 tahun masih belum kahwin ini sebabnya