Realtime website trackingweb stats

5 sisa makanan bulan puasa ini jangan dibuang, boleh dibuat jadi baja organik untuk tanaman

Oleh NUR KASIH

Sesuai dengan semangat di bulan puasa, sisa makanan jangan dibuang begitu sahaja kerana ia boleh dijadikan baja organik untuk tanaman.

Usaha memanfaatkan sisa makanan ini sekurang-kurangnya membantu menangani peningkatan sisa pepejal khususnya sisa makanan.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pun pernah mendedahkan sisa pepejal termasuk sisa makanan ketika Ramadan meningkat setiap tahun.

5 sisa makanan bulan puasa ini jangan dibuang, boleh dibuat jadi baja organik untuk tanaman

Jumlah kutipan sisa pepejal ketika Ramadan pada 2022 contohnya mencatatkan sebanyak 252,521 tan berbanding 208,143 tan pada 2019.

Pastinya tahun ini jumlah itu lebih banyak lagi dan di tangan anda terletaknya tanggungjawab untuk meminimumkan pembuangan sisa pepejal termasuk makanan sepanjang Ramadan ini.

Ini 5 sisa makanan yang jangan terus dibuang ke tong sampah kerana boleh dibuat baja organik untuk tanaman:

1. Lebihan sayur dan buah

Jangan buang kulit atau hujung sayur dan buah kerana ia boleh jadikan baja kompos untuk tanaman anda.

Caranya mudah sahaja iaitu gali tanah dan tanam lebihan batang sayur. Kemudia, tutup semula lubang tersebut.

Dengan melakukan cara ini, tanaman boleh mendapat banyak nutrien dan tidak mudah layu.

2. Air rebusan

Air rebusan sayur hijau boleh dijadikan baja organik untuk tumbuh-tumbuhan.

Ini kerana air tersebut sudah mengandungi mineral dan vitamin yang sedia ada di dalam sayur atau buah.

3. Kulit pisang dan kulit oren

Pisang juga boleh memberikan manfaat yang baik untuk tumbuhan kerana terdapat bahan dalam kulit pisang yang bagus untuk membuat baja.

Kulit buah oren juga boleh dijadikan baja organik untuk tanaman. Ia bukan sahaja boleh menyuburkan tanaman, malah boleh menghalang kucing,kutu daun dan semut daripada merosakkan pokok.

Hal ini kerana haiwan tersebut tidak menyukai bau kulit oren. Jadi, anda boleh hiriskan kepingan kulit buah oren dan taburkan di sekeliling tanaman.

5 sisa makanan bulan puasa ini jangan dibuang, boleh dibuat jadi baja organik untuk tanaman

4. Kulit telur

Kulit telur biasanya dibuang begitu sahaja selepas diambil isinya. Padahal, kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk tanaman anda.

Caranya adalah keringkan kulit telur selama 1 hingga 2 hari untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian, tumbuk sehingga hancur dan campurkan ke dalam kompos tanaman.

Kulit telur mengandungi mineral, kalsium karbonat, magnesium, kalium, besi dan fosforus yang sangat baik untuk pertumbuhan.

5. Uncang teh

Selepas ini uncang teh yang sudah digunakan jangan dibuang tetapi simpan untuk dijadikan baja tanaman.

Rendam uncang teh terpakai di dalam air biasa selama lebih kurang 15 minit. Kemudian, keluarkan uncang dan buang.

Kandungan air teh yang keluar ketika direndam tadi, boleh tuang di akar atau daun tanaman supaya lebih segar. Mudah ‘kan?

Jadi, boleh simpan 5 senarai sisa makanan di atas untuk dijadikan baja tanaman.

Baca:

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuj

‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima

Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong