Realtime website trackingweb stats

5 kebaikan kopi yang ramai tak tahu, tapi betul-betul kopi bukan yang dah dicampur macam-macam

Oleh AHMAD ISMAIL

Adakah anda dari golongan yang tidak boleh mulakan hari tanpa secawan kopi?

Pagi rasa kurang lengkap tanpa minum secawan kopi panas atau kopi ais?

Anda sebenarnya sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Ya, betul! Walaupun terdapat persepsi bahawa kopi mempunyai banyak keburukan, sebenarnya banyak manfaat yang terdapat dalam minuman ini yang ramai tidak tahu.

Kami akan berkongsi 5 kebaikan minum kopi yang mungkin anda tidak tahu.

1. Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran.

Kita semua tahu bahawa kafein adalah bahan utama dalam kopi yang membantu meningkatkan kecerdasan. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja.

Tidak hairan jika sesetengah individu memerlukan secawan kopi di awal pagi atau ketika lewat malam untuk lebih bertenaga dan kreatif dalam menjalankan tugas.

5 kebaikan kopi yang ramai tak tahu, tapi betul-betul kopi bukan yang dah dicampur macam-macam

2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II.

Keputusan daripada beberapa kajian menunjukkan bahawa minum kopi boleh membantu mengurangkan risiko menghidap Diabetes Tahap II.

Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian.

Malah, ada juga kajian yang menunjukkan hampir 67% mereka yang ambil kopi setiap hari berisiko rendah untuk menghidap diabetes tahap II ini.

5 kebaikan kopi yang ramai tak tahu

3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan.

Tahukah anda, 25% golongan dewasa (berumur 65 tahun keatas) mengalami masalah kesihatan mental sehingga menghidap masalah kemurungan?

Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan dan kesedihan.

4. Mengelakkan penyakit kronik seperti Alzheimer dan Parkinson

Mesti anda tertanya-tanya, bagaimana pula penyakit kronik seperti Alzheimer dan Parkinson boleh dielakkan dengan mengambil kopi? Penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson adalah penyakit yang melibatkan saraf-saraf yang berada di otak.

Mengambil kafein boleh membuatkan saraf-saraf di otak berfungsi dengan baik, kerana ia mampu menguatkan otak dan juga membuatkan otak aktif bekerja berbanding organ yang lain.

Sekiranya anda kerap mengambil kopi, risiko anda untuk menghidapi penyakit Alzheimer dan Parkinson akan berkurangan.

5. Membantu mengurangkan berat badan

Seronoknya! Minum kopi pun boleh tolong turunkan berat badan.

Betul, anda tak salah baca. Menurut kajian, minuman berkafein sebenarnya dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak. Jadi, bagi sesiapa anda yang mahu menurunkan berat badan, adalah digalakkan untuk anda ambil minuman berkafein sebelum anda makan.

5 kebaikan kopi yang ramai tak tahu

Amalkan minum minuman berkafein dengan kadar yang betul dan mana tahu berat badan anda akan turun dalam masa yang singkat!

Jadi, mari kita nikmati secawan kopi dengan penuh kesedaran untuk tetap sihat!

Menarik kan?

Tak ramai yang tahu tentang kebaikan kopi ni. Namun, anda perlu tahu.

Tak semua kopi bagus untuk anda amalkan. Walaupun ada kopi yang mengatakan tidak mengandungi kalori dan gula tambahan, awas ya!

Sebenarnya ada kalori dan gula tambahan yang tersembunyi yang perlu anda ambil berat sekiranya anda mahu kekal minum kopi dan sihat.

Jadi apa lagi, jom minum kopi sekarang!

 

Baca :

Dr Dzulkifli Al-Bakri jelaskan status sebenar perkahwinan Sabri Yunus dengan Angeline Tan 

Pemuda cerita agenda disebalik tindakan Israel bom hospital Gaza, bunuh 500 orang malam tadi 

Tersenyum dapat kunci Toyota Alphard, ramai teruja dengan ‘kejayaan’ Mohd Amar, takkan nak pakai Viva