Realtime website trackingweb stats

4 petua mudah halau cicak dari berkampung di rumah pasti jadi!

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Melangkah masuk ke rumah yang bersih dengan dinding putih berseri tanpa sawang atau tompokan tahi cicak adalah satu nikmat yang sukar digambarkan.

Namun, kehadiran tahi cicak pada dinding, tingkap, dan perabot bukan sahaja mencacatkan pemandangan,

Tetapi juga boleh membawa risiko penyakit kepada penghuni rumah.

Tambahan pula, sisa tahi cicak yang melekat sukar dibersihkan, meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan.

Sebenarnya, masalah ini boleh dielakkan dengan menghalang cicak daripada masuk ke dalam rumah

4 petua mudah halau cicak dari berkampung di rumah pasti jadi!

.Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda amalkan untuk mengusir cicak dan menjaga kebersihan rumah.

1. Semburan Campuran Cuka, Air, dan Sabun
Seorang pengguna Facebook, Muna Mohammad, telah berkongsi petua mudah yang dikatakan berkesan.

Caranya, campurkan satu bahagian cuka makan, satu bahagian air, dan satu bahagian cecair pencuci pinggan ke dalam botol penyembur. Semburkan campuran ini pada kawasan tingkap dan pintu rumah.

“Dah tiga minggu amalkan petua ni, sekarang tak ada sangat dah tahi cicak kat tingkap. Kalian pun boleh cuba,” katanya.

Petua ini turut disokong oleh beberapa pengguna lain yang mendapati ia membantu mengurangkan kehadiran cicak.

“Alhamdulillah, berkurang banyak. Tapi rumah bau masam sikit masa mula-mula sembur,” kata seorang pengguna.

“Saya buat seminggu sekali, memang rumah bebas cicak,” tambah seorang lagi.

2. Gunakan Bahan Semula Jadi
Cicak tidak suka bau yang kuat dan pedas. Anda boleh cuba bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, atau serbuk cili.

– Serbuk cili: Campurkan beberapa sudu serbuk cili dalam air panas, kemudian semburkan pada dinding, tingkap, dan pintu.
– Bawang: Kisar bawang merah bersama air, kemudian gunakan campuran ini sebagai semburan. Namun, elakkan semburan berlebihan kerana bau bawang boleh memenuhi rumah.
– Hirisan bawang putih: Letakkan hirisan bawang putih di kawasan yang sering menjadi tempat cicak berkumpul.

3. Letakkan Ubat Gegat
Ubat gegat juga boleh digunakan untuk menghalau cicak. Letakkan di kawasan yang sering menjadi laluan atau tempat persembunyian cicak.

4. Campuran Kopi dan Tembakau
Tidak ramai yang tahu, campuran kopi dan tembakau adalah beracun untuk cicak.

Caranya:
– Campurkan kopi dengan tembakau dan bungkus dalam kain nipis. Gantung di kawasan yang banyak cicak.
– Alternatif lain, sapukan gam pada pencungkil gigi, gaulkan dengan campuran kopi dan tembakau, dan letakkan sebagai umpan di tempat strategik seperti belakang peti sejuk.

5. Pastikan Rumah Sentiasa Kemas
Cicak cenderung untuk tinggal di kawasan yang bersepah dan kurang terjaga. Pastikan rumah anda bersih, tidak bersepah, dan kawasan luar rumah seperti rumput dipotong rapi.

Jika semua langkah ini masih gagal, pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat profesional bagi menangani masalah cicak di rumah.

Rumah bersih, penghuni sihat!

Amalkan petua ini untuk suasana rumah yang lebih selesa dan bebas cicak.

BACA: Ini resepi roti sardin gulung, pasti tak serap minyak ketika goreng