Kadang-kadang, peralatan harian kita boleh rosak tanpa diduga.
Misalnya, sinki di dapur tersumbat atau bilik air yang bertakung air.
Ini tentu menyusahkan, terutama jika anda sedang sibuk bekerja.
Tetapi jangan risau, teruskan tenang kerana anda boleh memperbaiki sinki tersebut dengan kaedah Do It Yourself (DIY).
1. Campurkan serbuk penaik dan cuka
Untuk membaiki sinki tersumbat, gunakan serbuk penaik dan cuka. Campurkan anggaran satu per tiga cawan serbuk penaik dan satu per tiga cawan cuka dalam sebuah bekas.
Tuangkan campuran ini ke dalam saluran sinki yang tersumbat. Biarkan selama kira-kira 10 minit untuk tindak balas, kemudian bilas dengan air panas.
2. Garam kasar dan air panas
Cara ini sangat mudah kerana hanya menggunakan garam yang sedia ada di rumah. Taburkan garam kasar ke dalam sinki tersumbat dan curahkan air panas.
Garam kasar membantu melarutkan sisa makanan dan kotoran, memulihkan sinki anda dengan cepat.
3. Gabungan garam dan serbuk penaik
Satu lagi kaedah ialah gabungan garam dan serbuk penaik. Campurkan satu per empat cawan serbuk penaik dengan satu per empat cawan garam. Tuangkan campuran ini ke dalam lubang sinki yang tersumbat.
Jika mahu hilangkan bau busuk, tambahkan sedikit cuka atau air limau.
4. Sabun pencuci pinggan
Anda juga boleh menggunakan sabun pencuci pinggan untuk membersihkan sinki tersumbat. Campurkan beberapa sudu sabun pencuci dengan dua liter air panas.
Sabun pencuci membantu melarutkan sisa makanan dan minyak yang melekat di saluran sinki.
BACA: Melangkah kubur berulang kali sambil ketawa, pempengaruh dedah perkara sebenar