Realtime website trackingweb stats

3 tips turunkan bil elektrik rumah hingga 50% terbukti akhirnya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Satu hantaran tular apabila seorang individu berkongsi mengenai cara yang perlu dipraktikkan

Bagi menurunkan bil elektrik hingga 50% daripada kebiasaan.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, individu itu menyatakan bahawa dirinya

Berjaya mengurangkan hampir 50% daripada RM147 pada bulan November 2022 kepada RM73 pada Januari 2023.

Macam tak percaya! Lelaki kongsi 3 tips turunkan bil elektrik rumah hingga 50%

3 tips turunkan bil elektrik rumah hingga 50% terbukti akhirnya

Ini merupakan tabiat yang kuat pakai elektrik bulan Nov 22:

1) Aircond ON pagi petang siang malam. Set 25°C sahaja dengan harapan jimat electrik.

2) Mandi air panas lama-lama dalam toilet healing layan warm shower.

3) Lampu on sahaja sesuka hati sebab LED ingatkan jimat elektrik.

4) Masak pakai dapur elektrik.

5) Dapur pakai air coway

Macam tak percaya! Lelaki kongsi 3 tips turunkan bil elektrik rumah hingga 50%

Dalam pada itu, lelaki itu berkata, beliau cuba untuk berjimat pada bulan disember dengan menutup kesemua lampu, namun bil masih seperti biasa.

“Pada bulan December saya cuba untuk berjimat. Saya make sure lampu semua tutup tiada yang terbiar. Lain-lain masih seperti biasa. Tak banyak turun jadi RM120++ juga,” ujarnya menurut sumber.
Ini cara nak jimat bil yang dilakukan:

“Akhirnya saya berjaya cari punca bil melambung dan jimat bil elektrik kepada RM73 sahaja sebulan pada Jan 23,” tambahnya lagi.
1) Aircond hanya on 8-10 malam. Selepas itu beliau menutup aircond dan malam tidur pakai kipas sahaja. Buka tingkap supaya sejuk kerana aircond sebenarnya kuat pakai elektrik.

2) Tiada dah mandi air panas lama-lama. Pagi sahaja 5 minit mandi siap terus keluar. Water heater direct heating kuat pakai elektrik.

3) Lampu LED buka bila perlu. Buka langsir natural lighting.

4) Masih masak pakai dapur elektrik sebab rumah tiada dapur gas. Masak 3 kali sehari.

5) Air coway seperti biasa.

“Aircond walaupun set pada 25°C jika on 24 jam /7 hari bill elektrik akan melambung. Saya sekarang pakai kipas saja melainkan betul-betul terdesak baru balik jalan-jalan penat, baru saya on aircond,” jelasnya lagi menerusi maskulin.
Baca Lagi: