Realtime website trackingweb stats

3 resepi pengat dan bubur sesuai untuk moreh, nombor 2 tu rupa pun dah menarik bangkitkan selera

Oleh NUR KASIH

Kadang jemu juga moreh dengan bihun goreng sebaliknya teringin pula merasa hidangan manis berupa pengat atau bubur.

Mungkin 3 resepi ini sesuai untuk selera anda ibarat ‘reward’ kepada diri selepas menunaikan solat tarawih.

1. PENGAT KELADI, PISANG & KELEDEK

Bahan-bahan:

  • 2 biji pisang nangka dibentuk bunga
  • 100gm keladi, dipotong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm
  • 100gm keledek, dipotong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah atau gula melaka
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan yang kemudian disimpul
  • 1/2 sudu teh garam

Cara memasak:

– Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang.

– Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.

– Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.

– Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

2. BUBUR BUAH DELIMA

3 resepi pengat dan bubur sesuai untuk moreh, nombor 2 tu rupa pun dah menarik bangkitkan selera

Bahan-bahan:

  • 100gm biji buah delima
  • 250gm santan pekat
  • 450gm air
  • 100gm gula atau secukup rasa
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan dan disimpul

*Cara memasak:

– Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima.

– Masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.

– Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan.

– Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api.

– Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.

– Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.

3. BUBUR BUTIR NANGKA:

Bahan-bahan:

  • 100gm tepung pulut
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna kuning
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 400gm air untuk kuah santan
  • 600gm air untuk rebus butir nangka
  • 1 helai daun pandan dan disimpul
  • 1/2 sudu teh garam

Cara memasak:

– Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.

– Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.

– Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian. Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.

– Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak.

– Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat.

– Rendam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.

– Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak.

– Masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan.

– Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.

– Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Baca:

Elak jadi jerat, pakar ini kongsi tips macam mana nak jadikan kad kredit ni kawan

Trend kabur wajah ‘berjangkit’ pada Aliff Syukri dan bos Mydin, semuanya gara-gara kontroversi Ruhainies

Jurufoto rakam ‘mesej dari Ilahi’ seakan – akan peta Palestin