Realtime website trackingweb stats

2 individu tak perlu kerja, gaji RM3500 jalan seumur hidup dari Nestle

Oleh ABDULLAH HAMID

Peraduan Gaji Seumur Hidup Nestlé Malaysia edisi kedua sekali lagi mencetuskan impak besar

Dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia dan memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Inisiatif ini bukan sahaja memberikan ganjaran kepada pemenang peraduan, malah Nestlé Malaysia

Turut menyalurkan bantuan kewangan yang bermakna kepada 18 badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan di seluruh negara.

Daripada 11 peserta akhir peraduan, dua pemenang telah dianugerahkan Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,500 sebulan,

2 individu tak perlu kerja, gaji RM3500 jalan seumur hidup dari Nestle

manakala sembilan pemenang yang lain menerima gaji sebanyak RM3,500 untuk tempoh setahun.

Bersama-sama dengan badan amal pilihan mereka, inisiatif ini menunjukkan komitmen berterusan Nestlé Malaysia untuk memberi kesan positif dalam kehidupan rakyat Malaysia dan komuniti.

Dua pemenang hadiah utama, Spencer Lim, 37, dari Sarawak dan Lim Yuen Heng, 47, dari Johor, masing-masing menerima hadiah bulanan berjumlah RM3,500 untuk seumur hidup, yang bakal mengubah kehidupan mereka.

Hadiah ini bukan sahaja memberikan jaminan jangka panjang kepada pemenang, tetapi turut merangkumi jumlah insurans sebanyak RM500,000 untuk waris mereka, agar kesejahteraan keluarga mereka terpelihara.

Di majlis penutup, 16 badan amal telah menerima RM42,000 setiap satu, manakala dua pertubuhan yang dipilih oleh dua pemenang hadiah utama Gaji Seumur Hidup pula masing-masing menerima sumbangan berganda berjumlah RM84,000.

Sumbangan ini menjadikan nilai keseluruhan yang diderma oleh Nestlé menerusi peraduan Gaji Seumur Hidup berjumlah RM840,000.

Matlamat sumbangan ini adalah untuk membantu badan-badan amal terbabit meneruskan kerja-kerja murni masing-masing yang memenuhi pelbagai keperluan sosial, daripada meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap penyakit mental kepada bantuan bagi golongan kurang upaya penglihatan, serta penjagaan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan pelbagai tujuan murni yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Bhd, Juan Aranols, berkata: “Misi kami adalah berlandaskan nilai-nilai yang dikongsi bersama dengan masyarakat setempat di mana kami beroperasi, dan kami benar-benar yakin serta telah membuktikannya secara konsisten sepanjang 112 tahun kehadiran di Malaysia.

“Peraduan Gaji Seumur Hidup menzahirkan nilai ini dan banyak lagi; ia merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menyantuni dan menambah baik kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang sesuai dengan nilai dan aspirasi Malaysia.

“Bukan sekadar menawarkan hadiah semata-mata, kami berhasrat untuk melabur dalam kehidupan rakyat Malaysia dan masa depan komuniti kita.”

Lim, yang memilih Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) untuk menerima sumbangan berganda, berkata: “Sebagai seorang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan merancang untuk berkeluarga, kemenangan ini memang satu rahmat yang besar buat keluarga kami.

“Apa yang tidak kurang bermakna ialah peluang untuk menyokong usaha gigih dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental. Isu ini amat dekat di hati saya, dan saya bersyukur dapat menyumbang kepada isu penting yang sering diabaikan.”

Yuen Heng, yang memilih Yayasan Orang Buta Malaysia untuk menerima sumbangan RM84,000 pula berkata: “Peraduan ini bukan sahaja memberikan jaminan kewangan kepada keluarga saya, tetapi juga peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna.

“Sokongan kepada Yayasan Orang Buta Malaysia membolehkan kami menyantuni dan menambah baik kehidupan individu yang mengalami masalah penglihatan, terutamanya kanak-kanak yang memerlukan bantuan tambahan. Saya terhutang budi kepada Nestlé kerana memberikan peluang ini.”

BACA: Pakai 3 lapis sweater pun mengigil! Ini 9 negara paling sejuk, suhu bawah -70c!