Realtime website trackingweb stats

17 tahun dipersada, Jovian Mandagie akhirnya umum tutup operasi, siap dedah punca sebenar

Oleh ABDULLAH HAMID

Jenama fesyen tempatan yang terkemuka di Malaysia, Jovian Mandagie, akan menghentikan operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).

Pengasasnya, Datuk Jovian Mandagie, mengumumkan bahawa kedai-kedai tersebut akan ditutup dalam masa dua minggu akan datang, selepas beroperasi selama 17 tahun.

“Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia.

“Walaubagaimanapun, seiring berjalannya masa, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.

“Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan.

17 tahun dipersada Jovian Mandagie akhirnya umum tutup operasi siap dedah punca sebenar

“Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Berdasarkan semakan, jenama Jovian Mandagie memiliki beberapa cawangan kedai di Shah Alam, Bangi, Berjaya Times Square, IOI Putrajaya, Pavillion Elite Kuala Lumpur, dan Melawati Mall.
Selain itu, terdapat dua kedai dengan konsep ‘pop-up’ di Pusat Membeli Belah KLCC dan SOGO.

Baca:

Garing, rangup & tak berminyak! Individu kongsi resipi bancuhan tepung goreng cempedak

“Saya tak pernah berdendam” – Ayah & ibu bergaduh, anak jadi mangsa simbahan asid

Netizen bimbang ‘keychain’ wajah anak jadi mangsa ‘pedophiles’, ini apa yang MUA Bellaz buat