Jika anda ibu bapa yang sedang rimas dengan anak yang ‘gila’ dengan telefon, ada baiknya muhasabah diri terlebih dahulu.
Kenal pasti sama ada mana-mana daripada 14 tanda-tanda telefon sudah masuk dalam hati.
Jadikan Ramadan ini titik mula untuk ubah dari daripada terus menjadi hamba gajet.
Tanda-tanda phone sudah masuk dalam hati adalah
1) Lepas solat terus cari phone.
2) Baca al-Quran pun dah tak ada keghairahan.
3) Bangun tidur terus capai phone.
4) Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi.
5) Nabi rehat dengan solat, kita rehat cari phone.
6) Tidur malam kita mula terganggu kerana phone juga.
7) Solat dilengahkan kerana sikap nanti, nanti sedang leka melayan phone.
8) Segala perbuatan kita disertai ingatan kita terhadap phone.
9) Anak sembang pun kita tak dengar, terlalu fokus pada phone.
10) Ada tetamu pun kita sudah tidak beradab, sibuk layan phone.
11) Mak dan ayah datang ziarah pun masih lagi layan phone.
12) Ni lagi sedih, suami/isteri sembang sorang-sorang sampai tertidur, kita dok acah-acah respond tapi tangan sibuk menaip di phone.
13) Anak minta susu sampai tertidur kita tak perasan dan tangan masih tak lekang dari phone.
14) Dengar azan pun tak terkesan, selamba lagi pegang phone. Tak takut langsung panggilan Allah.
Astaghfirullah.
Jika tanda-tanda di atas ada dalam diri kita, segeralah bermuhasabah, perbanyakkan istighfar dan segera buat jadual penggunaan phone anda.
LAWAN! KUAT! INGAT! Masa sangat berharga.
Ambil wuduk, solat 2 rakaat, baca al-Quran.
Lepas baca al-Quran, buat Taklim Infradi. In Shaa Allah lama² phone tiada lagi dalam hati. Banyakkan zikir dan selawat.
Rawat dulu ketagihan ini sampai dah sihat penyakit phone ni, baru pegang semula phone tetapi bersyarat.
Kita yang sebenarnya mendahului kanak² dari segi TANTRUM. Kalau kita pun degil, macam mana nak control anak² yang ketagih phone. Hancur!
Semoga Allah pelihara kita dari Fitnah Akhir Zaman.
Baca:
Nasib terbela! Pembunuh 23 penghuni tahfiz kekal dalam ‘lokap’
Ini nasib lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah, ramai puji tindakan tegas kerajaan