Realtime website trackingweb stats

11 ahli parlimen hantar usul speaker kosongkan jawatan

Oleh ADINDA

Dalam satu kenyataan media, kesemua 11 orang Ahli Parlimen daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menghantar usul untuk Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Bin Azizan mengosongkan jawatan.

“Kami telah menghantar usul pada hari ini di bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menggesa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Bin Azizan @ Harun mengosongkan jawatannya.”

Menurut kenyataan media tersebut, usul ini dibuat diatas beberapa tindakan Speaker sebelum ini yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan membelakangi fungsi Raja Berperlembagaan.
“i. Tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sepanjang sidang khas pada 26 Julai 2021 hingga 29 Julai 2021 adalah
bercanggah dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan.”
“ii. Tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tersebut juga membelakangkan dan menafikan fungsi Raja Berperlembagaan dalam konteks prinsip asas sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.”

Dalam masa yang sama, AMANAH mencadangkan pencalonan Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusof untuk dilantik semula menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof Speaker Dewan Rakyat kesembilan yang dicalonkan Pakatan Harapan sebelum ini sebelum dilucutkan jawatan melalui usul tukar speaker selepas rampasan kuasa oleh Perikatan Nasional.