Usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri, telah mendapat kritikan daripada pengguna media sosial semalam kerana berkongsi potongan video lagu raya melalui akaun Instagramnya.
Dalam video tersebut, Aliff menunjukkan sebahagian babak dari muzik video raya beliau yang menampilkan dirinya dan beberapa penari dengan pakaian yang agak aneh untuk musim Syawal.
Bukan sahaja pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk badan, tetapi gaya persembahan Aliff dan penarinya juga menjadi sasaran kritikan daripada pengguna media sosial.
“Astaghfirullah! Datuk! Ini 10 malam terakhir Ramadan. Hormat lah. Jangan cabar Allah! Tolonglah kita sesama Islam ni. Allahuakbar! Jangan cabar Allah! Jangan cabar!
“Cari lah keampunan, carilah reda Allah bukan murka dengan tarian yang tidak senonoh dan pakaian ketat kaum lelaki. Kami sesama Islam hanya mampu menegur dan berdoa. Allahuakbar! Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua,” ujar seorang pengguna media sosial.
Pada masa yang sama, terdapat juga yang meminta agar kita menghormati bulan Ramadan selama 10 hari terakhir.
“Datuk. Ini hari-hari terakhir Ramadan. Boleh tak Datuk hormat Ramadan sekejap? Sekejap je Datuk. Buat ni bukan untuk saya, tapi untuk agama kita, untuk Rasulullah, untuk Allah.
“Kalau tak nak buat untuk Datuk takpa, tapi buatlah kerana sayangkan Ramadan. Jangan sebab duit semata, Datuk jadi buta agama, buta iman, buta akhlak.
“Datuk suka viralkan? Jangan nanti akhirat sana Datuk viral juga. Tapi viral dengan murka Allah. Maaf Datuj dgn kata-kata saya. Saat Ramadan dihina, saya rasa saya hina sangat kalau tak bersuara,” kata netizen.
Walaupun diingatkan oleh orang sekelilingnya, Aliff Syukri tetap tidak memberikan sebarang respon.
Baca:
Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500
Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu
Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta