Gajet elektronik kini menjadi seperti isi dengan kuku bagi manusia. Kebergantungan terhadap gajet ini dalam rutin harian hampir sepenuhnya tidak dapat disangkal.
Mulai dari bangun pagi hingga sebelum tidur, telefon pintar menjadi benda pertama dan terakhir yang kita pegang.
Peranti ini tidak hanya menjadi perantara dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, dan pekerjaan,
Tetapi juga memudahkan aktiviti seperti perbankan, akses perkhidmatan kerajaan, temu janji, membeli-belah, dan tempahan dalam hujung jari.
Secara menyeluruh, alam maya telah menyaksikan pertumbuhan laman sesawang yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari individu, syarikat, institusi, agensi, dan perniagaan.
Pada awal Jun 2024, Similar Web, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, mengumumkan senarai laman sesawang yang paling popular di Malaysia pada Mei 2024.
Laman sesawang atau laman web ialah dokumen elektronik yang dipaparkan di skrin komputer, yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, dan lain-lain.
Berikut adalah senarai 10 laman sesawang yang paling dilayari oleh rakyat Malaysia pada Mei:
Google.com – Terus memegang tempat pertama sebagai laman sesawang paling banyak dilayari.
Youtube.com – Menyusul di tempat kedua, platform video ini kekal popular di Malaysia.
Facebook.com – Platform sosial ini berada di tangga ketiga, menarik banyak pengguna di peringkat global.
Whatsapp.com – Laman sesawang untuk aplikasi mesej dalam talian kekal dominan di tempat keempat.
Instagram.com – Platform media sosial untuk berkongsi gambar dan video di tempat kelima.
Shopee.com – Platform e-dagang ini menduduki tempat keenam dalam senarai populariti.
Chatgpt.com – Naik ke tangga ketujuh, menawarkan interaksi dengan sistem kecerdasan buatan.
Tiktok.com – Terletak di tangga kelapan, popular di kalangan pengguna platform video pendek.
Maybank2u.com – Laman sesawang untuk perbankan dalam talian di Malaysia berada di tempat kesembilan.
Yahoo.com – Menutup senarai di tempat kesepuluh, laman sesawang ini kekal popular di Malaysia.
Senarai ini menunjukkan minat dan kebergantungan masyarakat Malaysia terhadap pelbagai jenis laman sesawang untuk keperluan harian mereka.
BACA: Rupanya ini punca kenapa dapur kaca atas table top selalu pecah tiba-tiba